KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Khamis, 30 Jun 2011

INFORMASI

Perjumpaan wakil PGM dengan Pegawai Khas TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia akan diadakan esok di Hotel Legend Taiping jam 11.30 pagi. Ahli yang berada di Perak dan ada kelapangan dijemput hadir

Rabu, 15 Jun 2011

HASIL PENDAFTARAN PGM SECARA ON-LINE

Hasil daripada pembukaan keahlian PGM secara on-line, kami ada menerima pertanyaan daripada mereka yang terlibat tentang email pengesahan keahlian yang belum dihantar kepada mereka. Seperti yang telah dimaklumkan dalam entry PENDAFTARAN AHLI PGM SECARA ON-LINE KINI DIBUKA , email pengesahan hanya akan dihantar kepada anda setelah:
1) mengisi BORANG KEAHLIAN PGM (bukan borang statistik)
2) Memasukkan yuran pendaftaran & tahunan PGM (RM 10) ke akaun persatuan
3) Menghantar email resit/ slip simpanan bank ke alamat email bendahari: sagaputri@ymail.com

Terima kasih kepada anda yang telah berdaftar. Kepada yang belum, kami mengenalpasti wujud keadaan berikut:
1) memasukkan duit ke dalam akaun PGM tetapi tidak mengisi borang keahlian dan tidak emailkan resit/ slip deposit kepada bendahari
2) Mengisi borang keahlian tetapi tidak mendepositkan duit yuran
3) mendepositkan duit yuran dan email kepada bendahari tetapi tidak mengisi borang keahlian PGM sebaliknya hanya mengisi borang statistik
4) mendepositkan duit yuran dan emailkan kepada bendahari tetapi tidak memaklumkan nama penuh untuk dipadankan dengan borang pendaftaran keahlian PGM

Untuk keadaan-keadaan di atas, kami tidak dapat mengesahkan keahlian anda kerana kami tidak mendapat kemudahan internet banking sebab pihak bank tidak membenarkan mana-mana persatuan menggunakan internet banking bagi mengelakkan penyelewengan. Harap maaf atas kesulitan. Diharap anda membaca, memahami dan melakukan selengkapnya cara-cara mendaftar sebagai ahli PGM secara on-line