KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Khamis, 11 Julai 2013

PERJUMPAAN DI ANTARA PERSATUAN GSTT MALAYSIA (PGM) DAN KPM TENTANG ISU PENEMPATAN GURU PELATIH DPLI GSTT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA TEMAN....
PERTEMUAN PGM BERSAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
Pada 1 Julai 2013, PGM telah mengadakan pertemuan bersama KPM di Putrajaya. Antara agensi di bawah KPM yang terlibat ialah SPP, BPG, Sumber Manusia dan Bahagian Sekolah Harian.
Pertemuan bermula pada jam 2.30 petang. Antara isi kandungan pertemuan ialah penyerahan memorandum berkaitan isu-isu GSTT.
Sebaik sahaja mesyuarat dimulakan, PGM telah diberi masa selama 15 minit untuk membentangkan segala usul dan persoalan yang timbul berkaitan GSTT. Meliputi semua isu iaitu penempatan, temuduga, umur , GSTT setahun dan sebagainya.
Bilakah akan posting?itu soalan utama yang ditekankan.....
Jawapan KPM; ialah berdasarkan kekosongan jawatan dan opsyen.Dan posting adalah dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Apa akan jadi kepada DPLI GSTT sekiranya tawaran penempatan melebihi setahun?
Jawapan: Jika melebihi setahun, KPM masih boleh memanggil DPLI GSTT.
Adakah KPM akan menjalankan temuduga terlebih dahulu sebelum posting?
Jawapan : Ya, temuduga akan dijalankan terlebih dahulu berbeza dengan ambilan DPLI sebelum ini.
Apakah akan terjadi sekiranya calon gagal dalam temuduga?
Jawapan: Calon akan diberi peluang lagi, namun perlu menunggu selama 6 bulan barulah boleh membuat permohonan temuduga semula.
Adakah calon tajaan KPM yang gagal?
Jawapan : Ada...antaranya kerana tidak memenuhi kehendak KPM seperti personaliti, isu semasa, sikap dan keyakinan dan sebagainya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, di bulan yang mulia ini...berdoalah sebanyak mungkin..MOGA-MOGA ALLAH MENERIMA RINTIHAN KITA..INGATLAH REZEKI ITU DITANGAN ALLAH..NAMUN KITA PERLU BERUSAHA....
SALAM RAMADHAN BUAT KITA SEMUA.....

Rabu, 10 Julai 2013

Pengesahan Keahlian PGM 2012/2013

Assalamualaikum WBT

Saya sebagai bendahari PGM meminta rakan-rakan yang baru menjadi ahli agar bersabar dalam mendapatkan pengesahan keahlian PGM. Pengesahan akan dilakukan secara berperingkat.

Yang benar, 
Bendahari PGM

Sabtu, 29 Jun 2013

PERHATIAN KEPADA AHLI-AHLI PGM

Assalamualaikum WBT

Kami barisan AJK

PGM sudah mencuba sedaya upaya untuk membantu rakan-rakan ahli PGM yang tidak dapat menyambung pengajian untuk DPLI, tetapi pihak KPM telah membuat keputusan seperti yang dinyatakan dalam surat di bawah. Diharapkan rakan-rakan ahli PGM teruskan berusaha dan kami mohon maaf atas keputusan yang diputuskan oleh KPM ini.

Sabtu, 6 April 2013

PERHATIAN KEPADA EX GSTT YANG BELUM DIPANGGIL UNTUK KURSUS DPLI

MAKLUMBALAS DARI KPM SEJURUS NAIB PENGERUSI PGM 2012/13 , EN NIK HAFIZUL  BIN NIK HAMATBERJUMPA DENGAN SETIAUSAHA PERDANA MENTERI DAN SETIAUSAHA SULIT MENTERI PENDIDIKAN PADA 26 SEPTEMBER 2012, 7 NOVEMBER 2012 DAN 28 NOVEMBER 2012


Rabu, 5 Disember 2012

PERHATIAN BUAT AHLI-AHLI PGM



Merujuk kepada masalah GSTT setahun yang tidak berjaya untuk mengikuti kursus perguruan, bertindak atas nama Persatuan GSTT Malaysia (PGM), saya selaku Timbalan Pengerusi PGM, Nik Hafizul bin Nik Hamat telah melakukan beberapa usaha bagi mencapai hasrat kita semua untuk sama-sama mengikuti kursus seperti rakan-rakan lain yang telah berjaya melanjutkan pengajian. Antara usaha yang telah dilakukan ialah:

26 September 2012
Perjumpaan dengan En. Saiful Azhar (Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

* Beliau merupakan Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
* Perjumpaan tersebut telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
* Ahli yang terlibat dalam perjumpaan tersebut ialah saya sendiri.
* Menurut En. Saiful Azhar, beliau akan bawa isu ini kepada pihak atasan untuk perhatian yang sewajarnya.
* Walau Bagaimanapun, kami tidak mendapat sebarang maklum balas selanjutnya selepas perjumpaan tersebut dan gagal untuk menghubungi beliau.

7 November 2012
Kunjungan untuk berjumpa Encik Shamsuri Jamil (Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia)

* Beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
* Kunjungan tersebut bertempat di Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya
* Ahli yang terlibat dalam pertemuan tersebut ialah saya, Fiza dan Faizal.
* Walau Bagaimanapun, kami kurang bernasib baik kerana tidak dapat bersemuka dengan beliau disebabkan beliau sedang berada di luar negeri ketika itu.




28 November 2012
Cubaan kali kedua untuk berjumpa dengan Encik Shamsuri Jamil

* Temujanji telah diaturkan bersama beliau untuk mengadakan perjumpaan di pejabatnya pada pukul 3 petang.
* Ahli yang terlibat ialah saya dan Fiza.
* Setibanya di KPM, kami dimaklumkan beliau tiada di pejabatnya dan tidak dapat memenuhi permintaan tersebut disebabkan urusan mesyuarat di PWTC dan beliau memohon maaf.

Hari yang sama, 5.15 PM di PWTC)

* Walaupun demikian, saya terus ke PWTC walaupun tidak memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu tentang hasrat untuk berjumpa beliau di sana.
* Ahli yang terlibat ialah saya sendiri.
* Saya berpeluang berjumpa dengan beliau setelah menunggu beliau selesai urusan mesyuarat.
* En. Shamsuri turut mengundang rakan sekerja beliau iaitu En. Amran dalam perbincangan tersebut.
* Dalam perbincangan tersebut, saya telah mengemukakan beberapa bukti ucapan dan janji kerajaan bagi menyerap kesemua 13,000 GSTT.
*Beliau akan cuba sebaik mungkin kerana melihat tindakan ini merupakan suatu usaha dari PGM.

Jumaat, 27 April 2012

MAAF ATAS KELEWATAN

Assalamualaikum WBT
Perhatian kepada semua mantan2x gstt yang sudah membayar yuran rm 10 untuk menjadi ahli pgm, saya akan mengesahkan keahlian awak semua sedikit demi sedikit. diharap anda bersabar untuk mendapat pengesahan ini.
 harap maklum