KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Sabtu, 14 Mei 2011

PERHATIAN KEPADA GSTT PERAK

Pejabat Menteri Besar Perak telah dihubungi pihak Persatuan GSTT Malaysia (PGM) bagi meminta mereka untuk campurtangan dalam isu GSTT di Perak. Sehubungan itu, Jawatankuasa Penaja PGM akan menghantar memorandom secara rasmi kepada Pejabat Menteri Besar Perak berhubung perkara berkenaan secepat mungkin iaitu sebelum 19 Mei .InsyaAllah, Y.A.B Dato' Seri Zambri akan menggunakan kesempatan lawatan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perak pada 20 Mei ini bagi membangkitkan isu GSTT Perak. Jadi, GSTT Perak yang belum mengisi borang statistik dalam blog ini diminta berbuat demikian dengan segera kerana kami membuka peluang kepada anda sehingga pukul 12 malam (17 Mei) sahaja

Bagi GSTT lain di seluruh negara, jangan rasa tersisih. Kami akan tetap menghantar memorandom kepada KPM seperti dirancang dan ini adalah salah satu langkah awal yang mampu PGM lakukan. Teruskan menyokong PGM dan diminta GSTT seluruh Malaysia yang belum mengisi borang statistik berkenaan berbuat demikian segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan