KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Isnin, 11 Julai 2011

PERKEMBANGAN PENYERAHAN MEMORANDUM

Pada hari Ahad lepas (10/07/2011), Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Nadim Bin Awang telah menghubungi wakil Persatuan GSTT Malaysia (PGM) bagi memaklumkan taklimat yang dirancang antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan wakil GSTT setiap negeri ditunda ke minggu depan. Tarikh sebenar taklimat tersebut akan dimaklumkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman di media pada minggu ini. Jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman dan berita gembira dari Menteri Pelajaran kita. Pada masa yang sama, wakil-wakil GSTT setiap negeri diminta bersedia untuk menghadiri taklimat dengan KSU KPM minggu depan. Segala persoalan tentang status GSTT yang selama ini membelenggu fikiran kita bolehlah dikemukakan dalam taklimat tersebut. Ahli PGM yang ingin mengemukakan persoalan kepada KSU bolehlah emailkan kepada SU PGM:  rafiqah_ina@yahoo.com.my


Selain itu, PGM juga menyeru GSTT/ bekas GSTT yang belum menjadi ahli PGM secara sah cepat-cepat mendaftar bagi mengukuhkan kedudukan dan penyatuan kita serta memastikan tuntutan dan suara kita didengar di peringkat atasan. Selain itu, seperti persatuan-persatuan lain juga, PGM hanya memberi keutamaan untuk memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.


Berkenaan dengan borang KPLI/KPLSPM yang diisi oleh GSTT/bekas GSTT secara on-line minggu lepas, PGM ada menerima rungutan bahawa terdapat GSTT yang tidak diberi peluang tersebut atas pelbagai alasan. Anda tidak perlu risau kerana perkara tersebut akan kami bangkitkan semasa taklimat dengan KSU minggu depan. Lagipun, mungkin KPLI/KPLSPM bukan satu-satunya mekanisme yang akan digunakan KPM untuk menyerap GSTT ke jawatan tetap. Segalanya akan terjawab dalam taklimat dengan KSU minggu depan.

1 ulasan:

  1. harap2 pengambilan kpli kali ni lebih meluas. klu blh, biar semua gstt yg berkelayakan dapat masuk ipgm. sbb, pengalaman dah ada. cuma kursus secara formal je yg belum ada.

    BalasPadam