KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Selasa, 23 Ogos 2011

TAKLIMAT GSTT OLEH KPM

Tarikh    :               22 Ogos 2011 (Isnin)
Masa     :               3.00- 4.30  Petang
Tempat  :               Bilik Mesyuarat Melati, Aras 8, Blok E8, KPM

Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah bersetuju mengadakan taklimat seperti di atas melalui Kementeriannya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg Bhg. Dato’ Abdul Ghafar B. Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kerana sudi mempengerusikan sesi taklimat, Yg Bhg. Dato’ Wan Khazanah Bt Ismail, TKSU (Pengurusan), Dato’ Nardim Bin Awang, Pegawai Khas Y.A.B TPM, En. Yusran Shah B. Mohd Yusof, S/U Sulit Kanan kepada Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia, pegawai-pegawai tertinggi KPM dan pegawai-pegawai KPM yang lain kerana sudi meluangkan masa untuk memberi taklimat dan respon kepada permasalahan warga GSTT melalui Persatuan GSTT Malaysia (PGM). Tidak lupa ucapan terima kasih dan mengenang jasa kami kepada pihak Pejabat Menteri Besar Perak khususnya Dato’ Ismail B. Suffian, S/U Sulit Kanan Menteri Besar Perak yang telah membuka laluan kepada PGM untuk memperjuangkan nasib GSTT menggunakan saluran yang tepat, dengan mengatur pertemuan kami bersama Dato’ Nardim B. Awang, Pegawai Khas TPM
Untuk makluman semua  ahli, taklimat ini telah dilaksanakan oleh pihak KPM bagi memenuhi permintaan PGM. PGM telah memilih 26 orang wakil dari seluruh Malaysia untuk menghadiri taklimat tersebut.

PENTING!
Perhatian kepada semua GSTT yang layak untuk dilantik semula tetapi belum menerima sebarang tawaran.  Bagi memastikan nama anda tidak tercicir daripada sistem dan program kursus persediaan perguruan untuk GSTT, anda diminta berbuat demikian secepat mungkin:
1)    Rujuk kepada sekolah tempat berkhidmat tahun 2010. Pastikan guru data mendaftarkan anda sebagai GSTT dalam sistem EMIS (bukan sebagai guru kontrak atau Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)). Jika tidak, minta guru data betulkan.
2)    Rujuk kepada JPN, Bahagian Pengurusan Sekolah untuk menyemak sama ada nama anda tersenarai atau tidak. Jika tidak tersenarai, tulis surat rayuan dan sertakan bersama dokumen sokongan iaitu surat lantikan GSTT 2010 (lantikan sehingga Jun 2010) dan tahun sebelumnya. JPN akan menghantar senarai rayuan tersebut ke KPM selepas cuti Hari Raya Puasa (awal September 2011). * Hanya rayuan melalui JPN sahaja yang akan dilayan



Berikut adalah intipati taklimat yang telah disampaikan:
URUTAN PROSES LANTIKAN SEMULA DAN KURSUS PERSEDIAAN PERGURUAN UNTUK GSTT YANG TELAH DILAKSANAKAN
Tarikh
Peristiwa


1/11/2010



3/3/2011


24/3/2011


30/6/2011
Ucapan penggulungan Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Rakyat
·         Menyentuh mengenai GSTT- Akan ada mekanisme untuk membela nasib GSTT Pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia mengenai pelantikan semula 13184  orang GSTT

Ucapan penggulungan Y.A.B Menteri Pelajaran di Dewan Rakyat
·         GSTT 2010 akan diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat  dan akan dipertimbangkan untuk diserap ke jawatan tetap
·         Tiada lagi GSTT dilantik pada 2012

Mesyuarat KSN, JPA, Kementerian Kewangan dan KPM memutuskan:
·         3793 GSTT yang layak dan belum dilantik semula akan dilantik secara Contract For Service mulai Julai 2011 sebelum mengikuti latihan



SYARAT UMUM LANTIKAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 1/2007
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur semasa dilantik
Siswazah             :               Tidak lebih 35 tahun
Bukan Siswazah    :               Tidak lebih 30 tahun       
  1. Kelayakan akademik yang diiktiraf
  2. Kepujian Bahasa Malaysia SPM/setaraf
  3. Guru agama: Kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM. Mata pelajaran Agama Islam Tinggi/ IV Thanawi

SYARAT LANTIKAN SEMULA GSTT (SEMASA PENGUMUMAN)
  1. GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
  2. Telah berkhidmat selama 2 tahunTermasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT ASAS GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
  1. Umur kurang 35 tahun
  2. Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  3. Berkhidmat sebagai GSTT selama 2 tahun
  4. Pernah berkhidmat sebagai GSTT di SK, SJKC, SJKT, SMK atau SMJK pada tahun 2010
  5. Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT OPSYEN GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
GSTT bukan siswazah
  • Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  • Kepujian minimum dalam mata pelajaran opsyen
  • Gred E peringkat STPM/
  • Diploma
  • Sesuai dengan opsyen dipohon
GSTT siswazah
Sarjana muda tempatan / luar negara
  • Diiktiraf oleh kerajaan dan
  • Sesuai dengan opsyen dipohon
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”


SYARAT BIASA KE IPG
LEPASAN SPM- PROGRAM PERSEDIAAN (Kursus Selama 66 Bulan)
  1. Warga negara Malaysia
  2. Umur tidak lebih 20 tahun semasa daftar
Syarat Opsyen
  1. 3 mata pelajaran cemerlang (A)
  2. 3 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Sejarah dan mana-mana mata pelajaran lain
  3. Lulus Bahasa Inggeris

LEPASAN IJAZAH (Kursus Selama 18 Bulan)
  1. Warga negara Malaysia
  2. Kredit Bahasa Malaysia SPM
  3. Ijazah yang tepat dan bersesuaian
  4. Pointer 2.75 ke atas
  5. Berpengalaman sebagai seorang guru (nilai tambah)

KEDUDUKAN PELANTIKAN SEMULA GSTT SEHINGGA 18 OGOS 2011




LATIHAN/KURSUS
  1. Latihan di IPTA selama 18 bulan dari Disember 2011 hingga Mei 2013 seramai 4787 orang
  2. Latihan di IPG (KPLI-SR) selama 18 bulan dari Januari 2012 hingga Jun 2013 seramai 762 orang
  3. Latihan di IPG (KPLSPM) selama 66 bulan dari Januari 2012 hingga Jun 2017 seramai 2059 orang

Pada akhir sesi taklimat, Yg. Bhg. Dato Abd Gaffar meminta warga GSTT menggunakan peluang sepenuhnya semasa latihan dengan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang pendidik yang cemerlang supaya dapat mendidik dan membimbing pelajar dengan lebih berkesan. Beliau juga mengingatkan bahawa program ini sebenarnya sebagai satu hadiah yang amat berharga daripada Y.A.B Menteri Pelajaran kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semasa sesi soal jawab, beberapa permasalahan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan GSTT telah dapat dijawab. Berikut adalah kesimpulan daripada jawapan kepada permasalahan tersebut:
  1. Perkhidmatan sebagai GSTT pada tahun 2011 tidak diambil kira
  2. GSTT yang tidak berkhidmat pada tahun 2010 dikira tidak layak walaupun telah berkhidmat lebih daripada 2 tahun pada tahun sebelumnya dan tahun 2011
  3. Tidak perlu melalui sebarang ujian / temuduga sebelum mengikuti latihan
  4. Data GSTT yang bertugas lebih daripada 1 negeri juga ada di KPM (bergantung kepada data EMIS). Jadi sila buat semakan seperti di bahagian awal ‘post’ ini.
  5. Untuk lantikan semula Contract For Service, dan pemilihan mengikuti kursus, pihak KPM yang bertanggungjawab memilih senarai nama berdasarkan data EMIS, sementara tugas melaksanakan lantikan semula GSTT diserahkan kepada JPN
  6. GSTT pendidikan khas tidak termasuk dalam program ini
  7. GSTT yang tidak berpeluang mengisi borang KPLI/KPLSPM GSTT dalam didik tidak akan diberi peluang tambahan lagi kerana pihak KPM telah 3 kali melanjutkan tempoh mengisi borang dan sedaya upaya menghubungi sendiri GSTT tersebut termasuk melalui telefon dan sms, namun ramai yang tidak memberikan respon
  8. Fungsi borang KPLI / KPLSPM GSTT tersebut adalah sebagai “back-up system” kepada system EMIS bagi GSTT
  9. Tiada keutamaan kepada mana-mana jenis kontrak GSTT sama ada COS / CFS / belum dilantik semula bagi melayakkan GSTT mengikuti latihan. Kriteria utama adalah memenuhi syarat
  10. Peruntukan gaji untuk GSTT CFS akan diturunkan pada minggu ini (akhir Ogos) dan mereka akan menerima gaji seawalnya bulan September (jika diurus dengan segera oleh GSTT, pihak sekolah, PPD, dan JPN)
  11. GSTT yang sudah berumur 36 tahun pada 2011 tidak perlu bimbang kerana hanya umur maksimum 35 tahun pada 31 Disember 2010 yang diambil kira
  12. Surat tawaran mengikuti kursus akan dikeluarkan seawal-awalnya pada bulan November 2011

Sebagai mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan ahli, pada akhir sesi taklimat dan soal jawab, Pengerusi PGM telah meminta izin dan dipersetujui untuk menyerahkan senarai nama dan maklumat ahli PGM yang mencukupi syarat tetapi belum dilantik. Maklumat diserahkan kepada Yg. Bhg. Dato’ Abd. Ghafar. Maklumat tersebut adalah yang diemailkan oleh ahli kepada PGM sehingga 21 Ogos 2011 bagi memastikan data mereka dapat dikemaskini dan tidak lagi tercicir.
                                               






97 ulasan:

  1. salam kak wani, saya nak tanye adakah saya layak mengikuti latihan gstt kpli hujung tahun ini kerana saya hanya berkhidmat sebagai GSTT dari Julai 2009 sehingga Nov 2010. Tak sampai pun 2 tahun berkhidmat.

    BalasPadam
  2. salam...
    terima kasih wani atas maklumat ini...
    sy nak tanya...
    sy berkhidmat sbg gstt mulai mac 2009 hingga oktober 2010..adakah sy dikira layak? ini krn semua rakan sy juga masih belum dilantik..
    bilakah lantikan seterusnya bg gstt yg tercicir? Krn bdasarkan post di atas syarat asas GSTT mengikuti latihan persediaan perguruan ialah "Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011"...risaunya...

    BalasPadam
  3. Ada maklumat CGPA 2.75 di mansuhkan ?

    BalasPadam
  4. nampaknya sy xd rezeki sbb sy bkhidmat dr 2008-2009

    BalasPadam
  5. boleh tahu point no2 tu # GSTT yang tidak berkhidmat pada tahun 2010 dikira TIDAK LAYAK walaupun telah berkhidmat lebih daripada 2 tahun pada tahun sebelumnya dan tahun 2011...kenapa gstt tdk berkhdmt 2010 dikira xlayak??sedngkan tlh berkhdmat pd thn sblmnya?

    BalasPadam
  6. Salam Wani,
    Saya cuma nak tanya tentang status saya. Saya mula jd GSTT Jan 2010 tapi diberhentikan pd Nov 2010. Jan 2011 saya dpt sambung balik GSTT sampai sekarang sbg GSTT COS.[Pengalaman mengajar - 1thn 6 bln]
    kalau ikutkan kesimpulan yang pertama, kiranya saya tidak layak diserap la ye?

    BalasPadam
  7. salam kak wani,
    syarat yg pasal pointer tu masih diambil kira ke?

    BalasPadam
  8. izyamarina:
    layak. Sila buat semakan maklumat seperti dinyatakan dalam post di atas

    BalasPadam
  9. nur: layak. lantikan seterusnya bln 9, KPM sedang buat semakan. Sila buat semakan maklumat seperti dinyatakan di atas

    BalasPadam
  10. me_myself:
    kerana 2010 sebagai penanda aras. Janji yang dibuat oleh Menteri Pelajaran kepada GSTT 2010. Walaubagaimanapun, bagi yang dikenalpasti tidak layak, semakan ke atas rekod mereka akan dibuat (menurut maklumat dari Kenyataan Media Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia

    BalasPadam
  11. Fiza:
    pengalaman dianggap sebagai 1 tahun kerana perkhidmatan 2011 tidak dikira dalam program ini. Jd, tidak layak. Sila rujuk ulasan di atas

    BalasPadam
  12. miss:
    pointer tidak diambil kira

    BalasPadam
  13. alam wani..sy suriatie..berkhidmad pd april 2009-dec 2009 dan feb 2010-dec 2010..tapi saya dibawah pendidikan islam. Untuk pgthuan wani saya amik bisness d u dlu..tp di bwh sektor pend islam.bila mgajar sy mgajar bahasa inggeris ,matematik dan sains..jadi mcm mana sekarg..adakah saya layak..saya sgt takut tercicir..

    BalasPadam
  14. terima kasih ats usaha PGM. Hanya Allah yg mampu blas..dah la pg bulan2 puasa..tinggalkan ank, suami, isteri demi perjuangkan nasib kita..terima kasih tidak terhingga.

    BalasPadam
  15. npe dlm syarat biasa ke IPG tu dikirer pointer 2.75 ke bawah xlayak???sdgkn telah pun dipanggil berkhidmat pada tahun ini..dan memenuhi syrat2 umum yg lain...
    bagaimana pula kalo kursus perguruan di IPTA...adakah pointer diambil kirer??

    BalasPadam
  16. salam...
    t.kasih atas maklumat dan usaha gigih jawatankuasa PGM.....

    BalasPadam
  17. k.wani...saya berkhidmat pada julai 2009 sehingga januari 2011, kini saya sedang berkdmat sbg gstt pendidikan khas..adakaah saya layak @ perlu membuat rayuan?

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas segala usaha dan penat lelah PGM.Semoga apa yang dibincangkan menjadi kenyataan :))

    BalasPadam
  19. pkbp smksa: saya wakil kak wani merangkap bendahari pgm, buat rayuan gak kat jpn sertakan surat lantikan gstt

    BalasPadam
  20. pkbp smksa: buat rayuan kat jpn-bendahari pgm

    BalasPadam
  21. saya ingin bertanya..selama sy jd gstt dr 2008-2010..guru data xpnah amik data saya..so how come ni? tp nama kat didik dh ada?tu backup sistem emis ke?bru ni je guru data sek bru sy ni thn ni...stelah dpt ofer cfs bln july 2011...bru guru data masukkan maklumat sya.,.tp bile login saya xdpt log in..kata saya tidak berkhidmat di sekolah.....aduhhh..mcm mana ni? didik tu xcukup ke

    BalasPadam
  22. putri saga: masalahnya bila saya ke JPN masih lagi tidak memberi apa2 kenyataan...semua suruh tunggu..tp aritu ada la dipanggil untk mengisi borang didik tu...saya pon pening la skg...

    BalasPadam
  23. Thanks PGM...tp sy nak tahu gak caner lak dgn golongan xlayak diberi latihan tu?apa kriteria2nye yg mnjdikan seseorg dilantik tp xlyk diberi latihan?

    BalasPadam
  24. bile last data emis ni perlu di check...tension laa...mcm2 syarat

    BalasPadam
  25. Qistina: syarat biasa tu maksunya melalui saluran biasa, bukan program khas utk gstt ni

    BalasPadam
  26. Ti3:
    kalau takut tercicir, semak dgn pihak berkenaan seperti yg dinyatakan dalam post di atas

    BalasPadam
  27. PKBP SMKSA:
    x pyh pening, sblm ni jpn srh tunggu sbb mereka blm m'dpt apa2 arahan b'kenaan rayuan. perkara berkaitan rayuan ni diputuskan dalam sesi taklimat KPM dgn wakil pgm isnin 22hb br ni. Kalau x silap sy, hari ini br JPN dipanggil ke KPM berkenaan hal rayuan tersebut

    BalasPadam
  28. misz yna:
    gol dilantik tp x lyk ialah mereka yg sudah dilantik pd thn 2011 tp tdk memenuhi syarat utk kursus p'guruan gstt ni. cthnya: mereka yang berkhidmat pd thn 2010 dan disambung perkhidmatan pada 2011 @ mereka yg disambung p'khidmatan pada 2011 dan tahun sebelumnya, tetapi melepasi umur maksimum 35 thn pada 31 dis 2010

    BalasPadam
  29. Salam WANI,

    sy telah berkhidmat sbg gstt masuk tahun ke-4 pd thn ini (2011). Sekrg tgh berkhidmat sbg gstt cfs di negeri Johor.

    1. So, saya perlu semak data Emis saya dgn guru data sekolah terkini lah yer (tempat sy berkhimat skrg ) ?

    2. Sepanjang 4 tahun berkhidmat sbg gstt ni, sy ditempatkan di sekolah yg berlainan sbb ada lebihan guru..maka kena pindah2 sekolah (sya jd gstt 4thn, mengajar di 4 sekolah berbeza)...adakah pengalaman mengajar saya nnt akan ada effect. takut dlm data emis di sekolah skrg, x dimasukkan pengalaman yg 3thn mengajar tu sbb berada di 3 sekolah berbeza. So, macam mana ?

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  30. owh...tp rasa sedih pula pengalaman sethn stgh sbg guru ganti tidak dikira sedangkan berkhidmat berturut2 ,kalu x dah 3thn stgh la skg :(
    ....pa2 pon..terima kasih atas info tersebut...

    BalasPadam
  31. salam wani..sy nk tanye..sy berkhidmat bln 7-12 thn 2009 dan bln 5-12 thn 2010...adakah saya masih layak untuk call dan bertanyakan hal keciciran ini....mohon jawapan untuk kepastian..

    BalasPadam
  32. salam kak wani...bagaimana dengan nasib baki gstt yang tidak layak dilantik, terbela atau tidak?

    BalasPadam
  33. maaf kak wani, saya ade soalan nak tanyer lagi:
    1) Berkenaan data EMIS, saya dah rujuk pada guru data tempat sekolah lama saya berkhidmat, dia kata data saya telah di padam. Untuk makluman, saya berkhidmat sebagai gstt di sekolah yang sama dari Julai 2009 sehingga Nov 2010. Tahun ini tak dapat sambung kontrak.

    2) Saya merupakan gstt unit men tapi pada bulan Mac 2010 atas arahan pengetua sekolah saya telah di tukarkan untuk mengajar di pendidikan khas kerna pada waktu tu pendidikan khas kekurangan guru. Jadi pada waktu tu data saya ada di unit men dan pendidikan khas. Sy dah merujuk perkara ni ke jabatan dan pihak jabatan kata takder apa-apa kesan dan status saya kekal sebagai gstt unit men. Surat lantikan pun tertulis saya sebagai gstt unit men. Pendapat kak wani macamne?

    BalasPadam
  34. tp wani.sy dah kol KPM dan mereka kata nama sy ada..tp bila sy check pd EMIS..sy dikatakan x aktif atau x berkhidmat..tp tahun 2011 mmg sy x berkhidmat..sy dah minta sekolah updatekn data sy..

    BalasPadam
  35. sekiranya thn 2010 di ambil kira untuk dilantik..bagaimana pula
    1. sekiranya berkhidmat pd apr 2008-ogos2009 dan pd thn 2010 (sep-dec shj)...apakah status ini layak dilantik atau x?

    2. sekiranya thn 2010 diambilkira untuk lantikan bagaimana pula sekiranya seseorg itu hnya berkhidmat hanya pd jan-dec 2010 tp tidak pd thn sblmnya(hny berkhdmat 1thn pd 2010). adakah dia terus dilantk?

    3.adakah pengalaman mengajar 2-3thn seblmnya tidak diambil kira untuk dilantik disebabkan tidak berkhidmat pd 2010?

    4.tidakkah ini menguntungkan bg mereka yg berkhidmat pada thn2010 walaupun tidak berkdmt pd thn sblmnya sedangkan yg tdk berkhdmat pd thn 2010 tp berkhdmat pd thn sblmnya dipinggirkan..(walaupun berusaha utk menemptkan dr utk berkhdmat pd thn 2010- krn apa yg dibriahu tiada kekosongn pd 2010, serta ppd mengmbil pegmbilan gstt baru menidakkan kami dipanggil berkhdmt)

    mohon diberi penjelasan. kerana persoalan demi persoalan akan diajukan bg mrk2 yg msh tertny2..trima ksh

    BalasPadam
  36. salam...
    wani...maaf sy nak tanya...jika guru data telah betulkan maklumat gstt yg thn lepas, perlu ka bt surat rayuan...sy dh check dgn guru data sek thn lepas...mmg ada ksilapan sbb dia tag semua gstt sbg guru kontrak...

    BalasPadam
  37. salam..surat rayuan itu dihntar ke bhgn pengurusan sek jpn masing2 ke

    BalasPadam
  38. nmpak gayanYA takde rezeki...GSTT 2008 & 2009....bersabarlah yerk

    BalasPadam
  39. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  40. gstt mengharap:
    anda tak perlu buat apa-apa. semakan tu hanya untuk gstt yang layak, tp tidak dilantik utk gstt cos.

    BalasPadam
  41. Pembetulan:
    gstt mengharap: "cfs"

    BalasPadam
  42. sayangawaks:
    ya, anda dalam senarai yg layak. jd kalau belum dilantik semula, anda boleh semak sama ada nama anda ada dalam data/ tidak n buat rayuan melalui jpn jk nama tiada dlm senarai (spt dinyatakan dalam post di atas)

    BalasPadam
  43. Iyzamarina:
    1)minta guru data semak data EMIS hanya utk 2010 dan pastikan dicatat sbg gstt pd thn t'sbt (bkn kontreak/PRE). Kalau x boleh, buat semakan di jpn, kalau ada dlm list di jpn, x perlu buat apa2. kalau x ada dlm list br buat rayuan spt yg dinyatakan dlm post di atas

    BalasPadam
  44. 2)x apa, sbb offer srt tawaran bkn bwh gstt pendidikan khas

    BalasPadam
  45. @t3:
    kalau nama ada dlm list di jpn x perlu risau. yg disuruh buat semakan dgn GURU DATA, adalah berkenaan DATA GSTT THN 2010 SAHAJA.

    BalasPadam
  46. me_my self:
    1) x layak. tp boleh cuba buat rayuan
    2)x ckp 2 thn w'pn b'khidmat 2010. jd, x ckp syarat. x layak
    3)wajib berkhidmat 2010
    4)BOLEH CUBA BUAT RAYUAN, mungkin dipertimbangkan untuk kes khas. PGM x boleh buat apa2 soal ini krn ini syarat ini tlh ditetapkan. Tidak semua tuntutan mesti persatuan dipenuhi. sedangkan cuepacs pn selalunya minta bonus 2 bln gaji, tp yang diluluskan sebulan/ setengah bln gaji. Setiap keputusan yg diambil kerajaan setelah mempertimbangkan pelbagai aspek. lgpn Men. Pel buat janji utk gstt 2010.

    BalasPadam
  47. pembetulan*
    tidak semua tuntutan persatuan mesti dipenuhi

    BalasPadam
  48. nur:
    x perlu. tp boleh semak maklumat dgn jpn dan maklumkan perkara tersebut

    BalasPadam
  49. gstt mengharap:
    sila baca betul2 post/entry di atas. Data yang perlu disemak dgn guru data HANYA DATA GSTT 2010 SAHAJA. Jangan suruh guru data kategorikan CFS dalam skim gaji GSTT biasa. memang itu menyalahi peraturan kerana arahan/ panduan untuk isi data gstt cfs telah dikeluarkan oleh jpn.

    sekali lagi saya ingatkan. PGM tidak bertanggungjawab dengan sebarang kenyataan/ arahan dalam laman media lain termasuk laman sosial FACEBOOK termasuk facebook gstt. HANYA BLOG INI SEBAGAI LIDAH RASMI PGM.

    BalasPadam
  50. salam k.wani..sy masih kurang faham la..jd gstt yg telah dilantik gstt utk thn nie x perlu check lg ke data pd thn 2010???sy dilantik gstt thn nie tp bkn yg 1st lantikan oleh JPN ttp dilantik oleh PPD..adakah sama???

    BalasPadam
  51. bleh semak skrg ke di jpn nama ade ke x de..sbb guru data kate bulan 4 hr tue diorg da delete data guru gstt..

    BalasPadam
  52. Salam Wani..saya ingin bertanyakan status saya..saya telah dilntik menjd gstt pada sept 2008-dis 2008.dan gstt pada mac 2010-dis 2010..adakah dikira layak untuk membuat rayuan...saya dimklumkan oleh pihak ppd daerah saya bhwa nama saya tercicir...boleh tolong jelaskan tak masalah saya ini....terima kasih....

    BalasPadam
  53. salam,terima kasih kerana memperjuangkan nasib gstt..hanya Allah yang mampu membalasnya..
    Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin

    BalasPadam
  54. Hantaram:
    gstt cfs x perlu buat semakan sbb mereka yang layak shj dipanggil utk lantikan semula cfs. kalau gstt cos, seeloknya buat semakan krn ada di antaranya x layak utk latihan. contohnya gstt yang baru dilantik pd thn 2011 (gstt biasa/cos) tetapi blm pernah jd gstt pd 2010 dan thn2 sblmnya

    BalasPadam
  55. @ti3:
    kalau x dpt offer gstt cfs n x boleh semak jg dgn guru data, boleh la buat semakan dgn jpn n buat rayuan jk layak tapi x tersenarai

    BalasPadam
  56. Cik anna:
    buat rayuan di jpn n sertakan bukti (surat lantikan)

    BalasPadam
  57. PERHATIAN:

    drp jumlah yang telah dilantik, ada antaranya yg tidak layak untuk latihan. contohnya yg berkhidmat 2010 dan 2011. GSTT CFS mmg dah ada dlm senarai, x perlu buat semakan. mereka ditawar CFS setelah ckp syarat yg ditetapkan. Bagi yang belum dilantik ada yg telah dikenal pasti layak, tp ada yg dikenal pasti x layak. dlm kalangan yg x layak ni, ada antaranya sebenarnya layak tp dikatogorikan tdk layak krn data emis menunjukkan dia dikategorikan sbg guru kontrak/ pakej rangsangan ekonomi. sbb tu kena semak data 2010. kalau guru data silap letak kategori, minta dia betulkan. kalau x boleh, buat semakan di jpn bahagian p'urusan sek. kalau nama tersenarai x apa. kalau layak tp x tersenarai, buat surat rayuan ke jpn, sertakan bukti (surat lantikan 2010 dan thn2 sblmnya)

    BalasPadam
  58. salam, k.wani
    sy tlh berkhidmat dr thn 2008-2011 tp bln 8 br ni sy berenti sbb nk bersalin (ni setlh kerani sek confirmkan ngan jpn. jpn ckp xleh paksa sy berenti tp kena rela tulis surat berenti). sblm berenti aritu guru data ada updatekn data sy tp br ni sy nk check kat emis tu dh jd 'guru tdk aktif' (agaknye sbb sy dh berenti kot).so camne ngan kes sy ni ye? adakah sy gol yg layak atau x? tq

    BalasPadam
  59. juniosan:
    boleh semak dengan jpn. kalau tak ada dalam senarai, buat surat rayuan dan sertakan surat tawaran 2008-2010.

    BalasPadam
  60. cfs kena wat semakan tak..sbb nama sy tiada dlm data emis...mybe guru data dah delete...

    BalasPadam
  61. asma:
    x perlu buat semakan sbb gstt cfs dilantik setelah didapati memenuhi syarat2 yg dinyatakan berpandukan data EMIS thn 2010 dan thn2 sblmnya.

    BalasPadam
  62. gstt cos mmg kene wat semakan ke k.wani??

    BalasPadam
  63. Hantaran:
    lebih baik buat semakan. jika nama mmg dh ada dlm senarai, x perlu buat rayuan. jika x ada nama dlm senarai n mencukupi syarat, baru buat rayuan melalui jpn

    BalasPadam
  64. kak wani,
    nak tanya pasal syarat berkhidmat selama 2 tahun tu mmg syarat wajib ke?kementerian tak tengok ke prestasi gstt tu dgn merujuk kpd pihak sekolah?sy juz sempat jadi gstt 6 bulan je.(julai 2010 sampai dec 2010).sy baru konvo dan trus apply gstt time tu..klu tgk pada syarat berkhidmat lebih dr 2 thun,rasa mcm xlayak je.tp cikgu data kt JPN negeri iaitu PPD yang ambik saya jd Gstt dlu ada minta mklumat sblum ni..

    BalasPadam
  65. ya, syarat berkhidmat sbg gstt selama 2 thn adalah syarat wajib utk diberi latihan persediaan perguruan gstt. maklumat yang diambil oleh guru data tu adalah untuk diisi dalam Education Management Information System (EMIS) yang akan diisi/dikemaskini oleh guru data setiap tahun dan setiap kali ada kemasukan guru di sesebuah sekolah (sama ada guru tetap/GSST/GSTT/kontrak/PRE)

    BalasPadam
  66. salam kak wani.
    boleh terangkan lebih lanjut tentang kesimpulan no 6: GSTT pendidikan khas tidak termasuk dalam program ini.
    saya gstt cfs pendidikan khas 2011, gstt cos pendidikan khas 2009,2010.adakah bermaksud gstt pendidikan khas tidak akan diserap langsung?memandangkan 2012 tiada ambilan gstt, bermakna kerjaya/impian saya untuk menjadi guru tamat?

    BalasPadam
  67. salam..nk wat semakan tu kat mne slain dr jpn..sy kol jpn diaorg kabo xth semakan apa...

    BalasPadam
  68. Salam Aidilfitri buat semua GSTT...
    Rasanya kebanyakan masalah yang dibicarakan di sini berhubung isu 'tempoh berkhidmat'..Agak 'melucukan' ialah tempoh perkhidmatan yang diambil kira seperti berikut :-

    1) Perkhidmatan sebagai GSTT pada tahun 2011 tidak diambil kira.
    2) GSTT yang tidak berkhidmat pada tahun 2010 dikira tidak layak walaupun telah berkhidmat lebih daripada 2 tahun pada tahun sebelumnya dan tahun 2011.

    Persoalannya, jika anda masih ingat bahawa pengambilan GSTT Jan 2011 adalah berdasarkan "PRESTASI" GSTT tersebut sepanjang tahun 2010 dan sebelumnya..isunya..ke mana dicampaknya "PRESTASI" tersebut ? Harap Persatuan GSTT Malaysia tidak terlepas pandang tentang perkara ini..Harap Maklum..Terima Kasih.. Dari-suami GSTT yang mengharapkan keadilan sebelum PILIHANRAYA..

    BalasPadam
  69. tp kenapa ada je yang tak cukup 2 tahun dpt lantikan cfs?? sya kurang faham la..

    BalasPadam
  70. Salam..

    Saya bersetuju dengan YB_Emas..

    Kenapa KPM nak letakkan syarat2 yang khas untuk tujuan penyerapan?

    Bukan Menteri Pelajaran telah membuat penyataan seramai 13000 GSTT diserapkan ke?

    Tiba2 banyak pula syarat ditetapkan?

    Harap PGM yang dilantik dapat desak KPM tunaikan janji kerana ramai yang mengharap, dan yang bernasib baik dalam golongan selamat tahniah diucapkan.

    Jika perlu adakan 10, 20, 30 kali perjumpaan dengan KPM asalkan apa yang dijanjikan dapat dikotakan..

    semuanya sebelum PRU ke 13.

    -Suami GSTT

    BalasPadam
  71. salam wani,
    saya telah merujuk kepada jpn unit pengurusan sekolah berkenaan dengan senarai gstt kelantan yang layak diserap tetapi menurut unit pengurusan sekolah dan jpn kelantan, urusan dan juga segala hal berkaitan dengan perlantikan gsst dan penyerapan gstt kelantan diserahkan kepada KPM. saya nak tanya mcm mana kami bak check status kami sama ada layak atau tiadak untuk serap kerana tiada laman web atau saluran yang khusus berkaitan dengan penyerapan ini.mohon perkara ini di panjangkan kepada KPM.

    BalasPadam
  72. sy setuju ape yg dikatakan PKBP SMKSA..mcm xadil..

    BalasPadam
  73. Salam Aidilfitri Pn. Wani,

    Mohon pandangan bagi GSTT CFS yang sedang mengandung... ada masalah x untuk diserap? TQ

    BalasPadam
  74. salam...maaf nak bertanya....sy start gstt awal 3 jan 2oo9 sehingga mac 2011 tanpa berhenti. tapi mac 2011 sehingga sekarang saya menjadi gstt pendidikan khas. adakah saya layak diserap dalam pogram ni.....-sgt mengharap-...terima kasih

    BalasPadam
  75. sy gstt cfs 2011...pointer sy di bawah 2.75...adakah sy layak mendapat latihan?

    BalasPadam
  76. hanna:
    Itu yg diberitahu semasa taklimat tersebut. GSTT pendidikan khas ada programnya sendiri dan boleh memohon program KPLI untuk pendidikan khas pada tahun-tahun akan datang. Namun jika surat tawaran GSTT anda adalah seperti biasa (tidak menyatakan GSTT pendidikan khas), anda masih dianggap gstt biasa, cuma turut ditugaskan mengajar pendidikan khas

    BalasPadam
  77. hantaran:
    semak dengan guru data sekolah yang kita mengajar pada tahun 2010 dulu. Pastikan nama kita ditanda sebagai "GSTT" bukan PRE/kontrak dalam sistem EMIS. Jika kita GSTT tp ditanda sebagai PRE/kontrak, minta guru data betulkan. Kalau x boleh betulkan baru buat semakan dengan jpn. Masa buat semakan, nyatakan kepada pihak JPN "bahagian pengurusan sekolah" bahawa anda nak SEMAK SAMA ADA NAMA ANDA TERSENARAI SEBAGAI GSTT YG BERKHIDMAT MIN 2 THN IAITU 2010 DAN THN SBLMNYA. Jk nama dah ada dalam sistem, x perlu buat apa-apa. jika nama x ada dalam sistem, baru buat surat rayuan dan sertakan bukti (surat lantikan 2010 dan tahun sebelumnya)

    BalasPadam
  78. kak wani...mohon PGM membuat rayuan bagi pihak gstt yang tidak layak serap/lantikan dengan melonggarkan syarat yang ditetapkan merujuk semula kepada isu 13000 gstt akan diserap dan syarat hanya ditetapkan selepas isu dibangkitkan oleh pihak PGM....hanya pihak PGM sebagai lidah bicara pengantar isu gstt sebelum isu ini akan tertutup atas dasar simpati akan nasib mereka yang terpinggir...jasa pihak PGM akan dikenang setiap penyokongnya kerana memperjuangkan golongan gstt keseluruhannya...kita sedia maklum bahawa "13000 gstt 2010" masih percaya pada setiap kenyataan pihak KPM dan meletakkan harapan tinggi...PGM adalah medium terbaik memohon rayuan buat semua yang terlibat...terima kasih atas kerjasama PGM...

    BalasPadam
  79. YB_Emas,
    1)Perkhidmatan gstt 2011tidak diambil kira kerana kerajaan janji ttg latihan gstt ni pn pd thn 2010. Lgpn, bukan semua lantikan gstt 2011 adalah berdasarkan prestasi prestasi gstt tersebut. cthnya ada gstt 2011 yg br dilantik pd thn 2011 tetapi blm pernah menjadi gstt pd thn2 sblmnya. Malah terdapat ramai gstt yang tlh lama berkhidmat dan mempunyai rekod prestasi yg baik tidak dilantik pd 2011
    2)gstt yang tidak berkhidmat thn 2010 dikira tidak layak walaupn tlh berkhidmat lebih 2 thn pd thn sebelumnya. 2010 itu adalah tanda aras yg ditetapkan oleh kpm memandangkan gstt yg dijanjikan latihan oleh kerajaan adalah gstt 2010. Namun demikian, ada beberapa kes tertentu yg tlh dibawa oleh PGM dan dipersetujui oleh Ketua Pengarah kpm untuk diberi pertimbangan khusus. Contohnya gstt yg tlh 9 thn berkhidmat tetapi tidak mendapat lantikan dr jpn pd thn 2010 (bkn gstt 2010).

    BalasPadam
  80. PKBP SMKSA,
    yg dimaksudkan 2 thn berkhidmat adalah tahun perkhidmatannya, tdk semestinya 24 bulan.
    jika benar seperti dakwaan anda, anda perlu kemukakan bukti. (surat lantikan gstt tersebut yg krg 2 thn dan surat lantikan gstt cfs nya)

    BalasPadam
  81. ruzlan,
    memang senarai gstt yang layak untuk latihan blm dikeluarkan oleh kpm. Perkara yang perlu anda buat ialah:

    semak dengan guru data sekolah yang kita mengajar pada tahun 2010 dulu. Pastikan nama kita ditanda sebagai "GSTT" bukan PRE/kontrak dalam sistem EMIS. Jika kita GSTT tp ditanda sebagai PRE/kontrak, minta guru data betulkan. Kalau x boleh betulkan baru buat semakan dengan jpn. Masa buat semakan, nyatakan kepada pihak JPN "bahagian pengurusan sekolah" bahawa anda nak SEMAK SAMA ADA NAMA ANDA TERSENARAI SEBAGAI GSTT YG BERKHIDMAT MIN 2 THN IAITU 2010 DAN THN SBLMNYA. Jk nama dah ada dalam sistem, x perlu buat apa-apa. jika nama x ada dalam sistem, baru buat surat rayuan dan sertakan bukti (surat lantikan 2010 dan tahun sebelumnya)

    BalasPadam
  82. pemantunsantun,
    syarat untuk latihan gstt adalah seperti dalam entry di atas. tidak dinyatakan bahawa gstt yg mengandung tidak layak diberi latihan

    BalasPadam
  83. ::my diaries,
    syarat latihan gstt adalah seperti dinyatakan dalam entry di atas tanpa mengambilkira perkhidmatan 2011 mahupun pointer.

    BalasPadam
  84. Wani,

    bg guru gstt cfs yg telah dilntik dan sdg bkhidmat skrg, jika nama tida dalam emis ... x mengapa ker ?

    sbb ada yg kata..guru gstt cfs yg telah dilantik..x perlu check emis sbb data mrka ada di kpm, dn sbb tu mrka layak dilantik cfs.

    sya rungsing juga, sbb sek skrg guru data blm bt emis. dan guru data sekolah lama 2010, mmg x buat emis utk gstt. so data sy mmg xde.

    BalasPadam
  85. gstt mengharap,
    mmg bg gstt cfs,data mrka ada di kpm, dn sbb tu mrka layak dilantik cfs.

    BalasPadam
  86. as salam...wani akak ada beberapa soalan utk berkongsi maklumat yg myb akak kurang pemahaman/maklumat n hope dpt jawapan dr wani:-
    1- akak berkhidmat sbg gstt pd jun-disember 2008 dan januari-disember2009 tetapi berlainan negeri.akak tdk d sambung pd 2010 kerana mengandung dan bersalin pd march 2010.jadi adakah akak tidak layak utk d pemihan d atas dan apakah tindakan yg perlu akak ambil?

    2- adakah gstt yg selain drpd berkhidmat 2010 tidak akan d pertimbangkan utk diserap?jika tidak,apakah yg perlu kami lakukan?

    3- bagaimanakah utk membuat rayuan pd jpn?dan u/p pihak siapa utuk d tujukan?..

    tq

    BalasPadam
  87. w'salam, buzzbee:

    1) perkhidmatan anda pd thn 2008 dan 2009 dikira walaupun di bawah jpn yang berlainan. Namun tetap tidak memenuhi syarat untuk lantikan semula gstt cfs dan latihan utk gstt kerana tidak berkhidmat pada 2010
    2)Mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak KPM, gstt yang akan diberi latihan ini mesti telah berkhidmat pd 2010. Cadangan saya, anda boleh cuba buat rayuan melalui JPN dengan menyertakan bukti lantikan 2008 dan 2009 serta nyatakan sebab anda tidak berkhidmat pada 2010
    3)Rayuan kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (KPM) melalui BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH (JPN)

    BalasPadam
  88. Asalam Wani.
    Minta tolong sgt2 sbb ada perkara yg sy xfhm:
    1) Jika bkhidmat FEB 09-DIS 09 lps tu smbung thn berikutnya dr Jan 10- MEI 10 di aliran perdana sek. men. lps tu JUN 10- DIS 10 di sek yg blainan iaitu sek. rendah sbg GSTT pdidikan khas,adakah layak utk diserap utk latihan perguruan sbb skrg juga sdg bkhidmat sbg GSTT CFS ambilan Julai 2011 & mengajar pendidikan khas sbb kkurangan guru disekolah yg dtempatkan?????syarat yg lain suma layak cuma bahagian ini saja yg sy xpasti...

    2)Apa yg myebabkan GSTT CFS yang dilantik Julai 2011 tidak layak untuk latihan perguruan???

    3)TQVM utk krew PGM sbb mbantu.Allah s.w.t shj yg mgetahui bgaimana perasaan guru2 GSTT. Harap allah s.w.t balas pengorbanan selama brapa tahun ni bsbar hadapi kerenah d sekolah x kisah mengajar pelajar dari yg normal ke yg terencat akal,hr2 sawan pun ada tpaksa kami hadapi hnya krn mmikirkan tgjwb yg perlu kami jelaskan dgn gaji yg kami mkn msuk perut stp hari.

    P/S: X semua GSTT hnya mnempek d sekolah utk tgu dserap ke jwtn kerajaan shj, kdg2 apa yg dberi lbh dr apa yg dpt.allahuakbar...Hanya allah s.w.t shj dpt membalas.Amin

    BalasPadam
  89. SalAM...Cik Wani..sebenarnya saya ingin bertanya mengenai penyerapan gstt..byk perkara-perkara yang diwar2kan oleh gstt yg dilantik semula pada thun ini iaitu gstt CFS,mengatakan mereka paling layak diserap ke jwatn tetap dan sememngnya ada tempat utk mereka di IPG spt yg digemburkan di dalm laman Facebook milik GSTT...,apakah sebenarnya GSTT yg tidak dilntik menjd CFS pada thun ini tidak layak diserap walaupun memenuhi syrat spt yg dikatakan oleh Cik Wani di dlm blog PGM....?

    BalasPadam
  90. KBKL:
    1) cukup syarat la tu.
    2) gstt yang telah dilantik (tidak dinyatakan bahawa gstt cfs) yg tidak layak (968) adalah yg tidak mencukupi syarat

    BalasPadam
  91. cik anna:
    berkenaan dengan latihan perguruan khas utk gstt ni, tak ada keutamaan diberi sama ada kepada gstt cos @ cfs. Setiap gstt yang memenuhi syarat yang ditetapkan adalah layak. Cuma jika anda belum dilantik semula, mungkin kerana nama anda tercicir daripada data emis. Dgn sbb tu la kami sarankan anda membuat semakan melalui JPN dan seterusnya rayuan (jika nama masih tiada dalam sistem)
    Berkenaan dengan maklumat atau kenyataan dalam facebook gstt, dah banyak kali saya nyatakan bahawa hanya blog Persatuan GSTT Malaysia (PGM) sebagai lidah rasmi PGM. PGM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat @ hebahan melalui media lain termasuk FB.

    BalasPadam
  92. salam..
    Kalau pd tahun 2010 sy jadi gstt aliran perdana dan pd tahun 2011 jadi gstt p.khas, cmner pula statusnya?

    BalasPadam
  93. wani..
    tahniah kerana berjaya menerajui PGM dengan baik walaupun penubuhannya melalui perit pro & kontra dr masyarakat mahupun x-gstt itu sendiri
    Saya sudah mendaftar ahli tetapi belum disahkan. Email pendaftaran saya ; aizusakinah@gmail.com. boleh tolong sahkan tak
    kalau boleh, tentang pointer itu minta diperjuangkan dengan baik supaya takut last2 minit takut diubah menjadi straigh above 2.75 kerana rata2 gstt hanya 2.75 kebawah dan penkhususan seperti math, kejuruteraan adalah opsyen yang sukar unt mendapat skor yg tinggi..tq

    BalasPadam
  94. salah seorang guru gstt di sekolah saya mengatakan dia adalah ahli yang berjuang bersama2 persatuan PGM. Dia sudah menghebohkan dirinya sudah diserap di sekolah saya. Masalahnya
    1) Dia menimbulkan kekeliruan kerana surat hanya akan dikeluarkan bulan 11/12 tahun ini. Kenapa dia sudah mengsahkan sendiri melalui kuasa PGM yang dia ada?
    2) Dia dengan yakin memberitahu yg dia sudah pun ke putrajaya melalui PGM dan katanya orang putrajaya sudah mengesahkan yang hanya pointer 2.75 diterima untuk diberi latihan. Benarkah?
    3) Adakah diberi latihan itu TIDAK SAMA dengan diserap kerana diberi latihan tak semestinya menjadi guru. Kita boleh mengajar dimana2 kolej/sekolah swasta dan yuran pengajian dan sebagainya adalah tanggunggan kita. Mohon jelas..

    BalasPadam