SYARAT LANTIKAN SEMULA GSTT (SEMASA PENGUMUMAN)
- GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
- Telah berkhidmat selama 2 tahun Termasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”
SYARAT ASAS GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
- Umur kurang 35 tahun
- Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
- Berkhidmat sebagai GSTT selama 2 tahun
- Pernah berkhidmat sebagai GSTT di SK, SJKC, SJKT, SMK atau SMJK pada tahun 2010
- Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”
SYARAT UMUM LANTIKAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 1/2007
- Warganegara Malaysia
- Umur semasa dilantik
Siswazah : Tidak lebih 35 tahun
Bukan Siswazah : Tidak lebih 30 tahun
- Kelayakan akademik yang diiktiraf
- Kepujian Bahasa Malaysia SPM/setaraf
- Guru agama: Kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM. Mata pelajaran Agama Islam Tinggi/ IV Thanawi
Sebarang pertanyaan dan komen berkenaan syarat kemasukan, boleh hubungi terus Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM
RAYUAN
Tarikh akhir rayuan telah dilanjutkan kepada 29/12/11. Keputusan rayuan dianggarkan sebulan selepas tarikh akhir rayuan.
Ahli PGM yang menghantar dokumen melalui kami telah kami semak dan panjangkan kepada 1) Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran I (Datuk Dr Wee Ka Siong), 2) Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran II (Y.B Dr. Puad Zarkashi) dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Namun kami hanya memproses dokuman yang cukup syarat + lengkap + sampai selewat-lewatnya pada 22/12/11 kepada kami. Jadi anda juga digalakkan turut membuat rayuan terus kepada pihak BPG termasuk bagi mereka yang memenuhi perkara-perkara di atas. Tidak salah berusaha lebih untuk masa depan anda sendiri
* Ahli PGM yang berumur 35 tahun pada 31 Dis 2010 dan menghantar dokumen kepada PGM, turut kami panjangkan semasa rayuan tersebut