KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Ahad, 31 Julai 2011

TIDAK DITAWARKAN UNTUK GSTT (CFS)?

GSTT /ex-GSTT setiap negeri diminta merujuk kpd JPN masing2 berkenaan dgn pelantikan di bawah contract for service kerana arahan oleh KPM telah diturunkan kepada JPN masing2. Jika anda mencukupi syarat pelantikan kali ini tetapi tidak terpilih/ tiada tindakan oleh JPN masing, anda diminta emailkan maklumat berikut kepada SU PGM untuk dipanjangkan semasa taklimat dengan KSU KPM. Walaubagaimanapun, hanya email /aduan daripada ahli PGM sahaja yang akan kami layan. Jadi, jika belum menjadi ahli, anda boleh mendaftar dengan mengikut prosedur pendaftaran secara on-line dengan PGM terlebih dahulu dan seterusnya emailkan butiran tersebut kepada SU PGM (alamat email SU PGM ada di bahagian kedudukan organisasi):
1) Nama
2) No KP
3) No telefon
4) Alamat
5) Negeri anda berkhidmat sbg GSTT
6) Jumlah tahun perkhidmatan sebagai GSTT (hanya lantikan melalui JPN sahaja)-guru ganti/ guru kontrak bawah pakej rangsangan ekonomi tdk dikira)- sertakan juga nombor rujukan surat lantikan
7) Adakah anda berkhidmat sbg gstt pada tahun 2009 dan 2010
8) Tarikh anda merujuk kpd JPN, Nama Pegawai JPN yang dirujuk dan apa jawapan yang beliau berikan kepada anda.

Untuk makluman anda, syarat lantikan utk kali ini ialah:
1) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 thn sbg gstt
2) Berkhidmat sbg gstt pada tahun 2010 dan tahun sebelumnya
3) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Dis 2010

Selasa, 26 Julai 2011

Jawapan KPM kepada GSTT yang tidak dapat disambung kontrak lagi

----- Forwarded Message -----
From: Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia <kpkpm@moe.gov.my>
To: Putri Saga
Sent: Thursday, July 21, 2011 5:07 PM
Subject: Re: Aduan mengenai sebilangan GSTT yang tidak dapat disambung kontrak

"SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Tuan/Puan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan Puan/ Cik                                   rujukan : 207    , bertarikh 19 Julai 2011 berkaitan dengan status Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Untuk makluman, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk melaksanakan tindakan susulan supaya 13,184 GSTT yang berkhidmat pada tahun 2010 dilantik semula pada sesi persekolahan 2011.


Sehubungan itu, tindakan berikut telahpun diambil :-

    i.     Mengenalpasti setiap GSTT yang terlibat, dan
    ii.    Merangka tindakan untuk lantikan semula GSTT tersebut.
Oleh yang demikian, baki Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) berjumlah 7,036 orang sedang diusahakan untuk dilantik semula berasaskan taburan perjawatan di negeri-negeri dengan bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tersenarai serta menyesuaikan dengan opsyen yang diperlukan oleh sekolah. Seperti yang puan sedia maklum GSTT yang dilantik adalah untuk menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru pada sesuatu masa. Justeru, pengambilan semula bekas GSTT adalah bergantung kepada kekosongan jawatan dan keperluan perkhidmatan.
Untuk pengetahuan puan, penempatan guru di sesebuah sekolah juga adalah berdasarkan kepada Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan yang telah diluluskan bagi sekolah tersebut. Jika penempatan itu melebihi daripada ABM / kuota yang telah ditetapkan, sekolah/pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan surcaj. Dasar ini perlu dilaksanakan bagi memastikan taburan guru adalah seimbang di seluruh negara.
Berkenaan dengan permohonan KPLI bagi GSTT ia adalah di bawah kelolaan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan dinasihatkan supaya membuat rujukan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk maklumat lanjut.
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Puan/ Cik
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,

SUHAILIS BINTI SAHARUN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

13,000 guru sandaran tidak terlatih diserap

PUTRAJAYA: Seramai 13,000 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserapkan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata surat tawaran telah kepada semua GSTT tersebut mulai bulan lepas setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan baru kepada mereka. "Sasaran pihak kementerian adalah mahukan semua jawatan GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak sambung kontrak.

"Namun mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat sebagai GSTT selama dua tahun berturut-turut dan umur mereka tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) di sini hari ini.

Mohd Puad berkata GSTT yang layak akan diserap mengikuti kursus sama ada di institut pendidikan guru atau program Kursus Dalam Cuti sebelum diserap sebagai guru tetap.

Mereka juga harus bersedia ditempatkan di sebarang kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara, katanya. - BERNAMA

Isnin, 18 Julai 2011

MAKLUMAN KEPADA GSTT PERAK

Petikan dari Portal JPN Perak

Sukacita dimaklumkan, semua Guru Sandaran yang pernah berkhidmat di sekolah bolehlah menyemak senarai Pelantikan Semula GSTT di Sekolah-Sekolah di bawah KPM secara "Contract For service" 2011. Mereka yang berjaya dikehendaki hadir ke Taklimat seperti berikut:

Tarikh      :    20 Julai 2011
Masa       :    8.30 Pagi
Tempat    :    Dewan Besar SMK Anderson, Ipoh

Mohon kerjasama semua PPD sebarluaskan makluman ini dalam portal masing-masing.

Sila muat turun surat dan senarai GSTT lantikan semula 2011 . Untuk mengetahui nama anda tersenarai atau tidak rujuk tawaran GSTT Perak atau download senarai nama

PERBEZAAN KONTRAK

Tuan / Puan boleh melihat isi kandungan yang terdapat dalam kedua-dua pekeliling tentang perbezaan antara "Contract of Service" dan "Contract For Service". Rujuk dan fahami isi kandungan untuk mengelak kekeliruan nanti.

CONTOH KANDUNGAN TAWARAN "Contract of Service" - mengikut pekeliling JPA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2008 - DASAR DAN PROSEDUR PELANTIKAN SECARA KONTRAK
(CONTRACT OF SERVICE)


CONTOH KANDUNGAN TAWARAN "Contract For Service" - mengikut Perbendaharaan Malaysia

PERLANTIKAN "CONTRACT FOR SERVICES" BAGI PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT

Isnin, 11 Julai 2011

PERKEMBANGAN PENYERAHAN MEMORANDUM

Pada hari Ahad lepas (10/07/2011), Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Nadim Bin Awang telah menghubungi wakil Persatuan GSTT Malaysia (PGM) bagi memaklumkan taklimat yang dirancang antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan wakil GSTT setiap negeri ditunda ke minggu depan. Tarikh sebenar taklimat tersebut akan dimaklumkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman di media pada minggu ini. Jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman dan berita gembira dari Menteri Pelajaran kita. Pada masa yang sama, wakil-wakil GSTT setiap negeri diminta bersedia untuk menghadiri taklimat dengan KSU KPM minggu depan. Segala persoalan tentang status GSTT yang selama ini membelenggu fikiran kita bolehlah dikemukakan dalam taklimat tersebut. Ahli PGM yang ingin mengemukakan persoalan kepada KSU bolehlah emailkan kepada SU PGM:  rafiqah_ina@yahoo.com.my


Selain itu, PGM juga menyeru GSTT/ bekas GSTT yang belum menjadi ahli PGM secara sah cepat-cepat mendaftar bagi mengukuhkan kedudukan dan penyatuan kita serta memastikan tuntutan dan suara kita didengar di peringkat atasan. Selain itu, seperti persatuan-persatuan lain juga, PGM hanya memberi keutamaan untuk memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.


Berkenaan dengan borang KPLI/KPLSPM yang diisi oleh GSTT/bekas GSTT secara on-line minggu lepas, PGM ada menerima rungutan bahawa terdapat GSTT yang tidak diberi peluang tersebut atas pelbagai alasan. Anda tidak perlu risau kerana perkara tersebut akan kami bangkitkan semasa taklimat dengan KSU minggu depan. Lagipun, mungkin KPLI/KPLSPM bukan satu-satunya mekanisme yang akan digunakan KPM untuk menyerap GSTT ke jawatan tetap. Segalanya akan terjawab dalam taklimat dengan KSU minggu depan.

Isnin, 4 Julai 2011

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA TPM/ MENTERI PELAJARAN MALAYSIA dan PERKEMBANGAN PROSES PENYERAPAN GSTT

Pada 1 Julai 2011, bertempat di Hotel Legend, Taiping, Perak, TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah diwakili Pegawai Khasnya, Dato' Nadim Bin Awang telah menerima memorandum yang diserahkan oleh Persatuan GSTT Malaysia (PGM). Majlis penyerahan memorandum ini telah disaksikan dan diatur oleh SU Politik Menteri Besar Perak, Dato' Ismail Bin Saffian. Turut hadir ialah Exco Pelajaran Negeri Perak. Berikut adalah petikan surat iringan memorandum tersebut:

Yang Amat Berhormat Tan Sri,

MENUNTUT TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN SELAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MELALUI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) MELAKSANAKAN SEGALA JANJI TERHADAP GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) SELURUH MALAYSIA DENGAN SEGERA DAN TELUS

Kami daripada Persatuan GSTT Malaysia Malaysia (PGM)menuntut Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj Muhammad Yassin melalui KPM melaksanakan segala janji terhadap GSTT dengan segera dan telus.

PGM menyuarakan tuntutan ini memandangkan TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan penarikan balik notis pemberhentian 13 000 GSTT 2010 seluruh Malaysia pada 3 Mac 2011. Namun hingga kini (lebih daripada setengah tahun), tidak sampai separuh GSTT dilantik semula. Pada masa yang sama, lantikan GSTT 2011 ada di antaranya adalah lantikan baru sedangkan GSTT lama yang antaranya telah menjadi GSTT selama 9 tahun tidak pula dilantik. Lebih malang lagi bagi GSTT di sesetengah negeri seperti di Perak terutamanya di sekolah menengah belum menerima sebarang surat pelantikan semula daripada JPN mahupun KPM walaupun arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Terbaru Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah berjanji bahawa 13 000 GSTT seluruh negara akan diberi kursus selama 18 bulan untuk diserap sebagai GST dalam masa terdekat. PGM menuntut agar semua janji ini dilaksanakan dengan segera dan telus. Jangan lagi mempermainkan GSTT. Segala janji Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin haruslah ditunaikan tanpa alasan oleh KPM kerana:

a) Bagi menjamin masa depan dan kerjaya GSTT, dan demi masa depan pendidikan negara. Sebelum ini timbul banyak kritikan daripada pelbagai pihak terhadap keupayaan guru KPLI kerana tempoh praktikal yang singkat. Sewajarnya pihak KPM menggunakan pengalaman GSTT yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam sebagai guru dan pendidik serta telah melalui tempoh praktikal bertahun-tahun, malah ada yang telah mencapai 9 tahun perkhidmatan.

b) Sepanjang menjadi GSTT juga, kami telah diberi kepercayaan untuk memikul pelbagai tugas penting di sekolah seperti Ketua Panitia, Ketua Penasihat Persatuan, dan Ketua Jurulatih. Pada masa yang sama, tempoh perkhidmatan yang lama juga membolehkan GSTT memahami gelagat dan situasi murid dan menjadikan pengurusan bilik darjah lebih teratur dan kondusif untuk P&P


c) KPM mahupun JPN tidak sepatutnya memberikan alasan tiada kekosongan untuk GSTT di sekolah-sekolah kerana Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) mensasarkan bilangan kelas nisbah guru ialah 1:1.7 dan sehingga kini kebanyakan sekolah masih menggunakan 1:1.5. Adakah pihak KPM telah melupakan PIPP yang telah diperkenalkan mereka sendiri ? Atau adakah PIPP itu sebenarnya hanyalah retorik semata-mata? Selain itu, GSTT juga tidak pernah memilih untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara. Kami berpegang kepada ucapan Y.A.B TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia yang disiarkan pada 4/3/2011 bahawa GSTT diminta sanggup dihantar ke tempat lain dan bukan di sekolah asal kerana mungkin di sekolah asal telah diisi guru terlatih






d) Pertambahan defisit negara juga tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu GSTT. Hal ini kerana GSTT telah bertahun-tahun berkhidmat, kenapa baru sekarang timbul soal pertambahan defisit? Malahan sepatutnya penyerapan GSTT ke jawatan tetap dapat membantu mengurangkan defisit jika diuruskan dengan betul dan telus. KPLI/ DPLI patut dimansuhkan sehingga isu GSTT selesai. Tindakan ini boleh menghapuskan kos untuk membayar elaun pelajar KPLI/ DPLI kerana melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), GSTT hanya dibayar gaji mereka seperti biasa tanpa menerima sebarang elaun atau bayaran berkenaan KDC/KDP. Sementara itu, bagi menyambut "transformasi pendidikan negara" yang menekankan pendidikan teknik dan vokasional, KPM juga boleh memberikan latihan iktisas melalui KDC/KDP kepada GSTT yang mempunyai Ijazah dalam bidang-bidang teknik dan vokasional serta telah bertahun-tahun mengajar subjek tersebut di sekolah.

Sebagai menyambut slogan kerajaan, Gagasan 1 Malaysia: Rakyar didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan harus mengambil kira kesan negatif jika janji terhadap GSTT ini tidak ditunaikan. Antaranya ialah:

a) GSTT yang diberhentikan kontrak mengalami kemerosotan nilai ekonomi kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan lain memandangkan mereka hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai guru. Tambahan pula kebanyakan majikan tidak mahu mengambil bekas GSTT 2010 bekerja dengan mereka kerana beranggapan GSTT akan dipanggil berkhidmat dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keadaan ini menyebabkan GSTT sukar meneruskan kehidupan harian dengan bebanan hutang dan komitmen yang semakin bertambah. Seperti orang lain yang telah lama bekerja, GSTT juga mananggung liabiliti yang besar seperti ansuran kereta, rumah, kos sara hidup rumah tangga dan juga hutang PTPTN. Lebih memeritkan lagi ada di antara GSTT yang ditamatkan kontrak ini telah kematian suami dan terpaksa menyara 5 orang anak.

b) Dalam kesukaran GSTT meneruskan hidup selepas ditamatkan kontrak, wujud pula golongan yang mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka. PGM menerima banyak rungutan daripada GSTT seluruh negara bahawa mereka perlu membayar RM 200 seorang untuk mendapatkan tawaran mengajar di sekolah swasta. Kami sangat bimbang jika ia melibatkan sendikit penipuan dan semakin berleluasa serta agresif, misalnya jika melibatkan sendikit pelacuran dan pengedaran dadah.

c) PGM juga bimbang jika janji terhadap GSTT tidak ditunaikan, akan menyebabkab terhakisnya kepercayaan yang kami pupuk terhadap kerajaan yang memerintah. Sudah pasti keadaan ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya. Sangat rugi jika pucuk pimpinan yang banyak berjasa dan berkebolehan seperti dalam pemerintahan negara kita pada hari ini terpaksa ditukar hanya kerana rasa tidak puas hati sesama kita akibat janji yang tidak ditunaikan


BERIKUT PULA ADALAH PERKEMBANGAN TENTANG PENYERAPAN GSTT:

Sebelum sessi penyerahan memorandum dilaksanakan, pihak PGM telah diberi penerangan tentang perkembangan proses penyerapan lebih kurang 13 000 GSTT 2010 di seluruh Malaysia. Menurut Pegawai Khas TPM, kerajaan di tahap akhir menyiapkan kertas kerja penyerapan tersebut yang sepatutnya siap pada 1 Julai 2011. Proses ini memakan masa kerana ia melibatkan kesemua lebih kurang 13 000 GSTT yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza (SPM/ STPM/ DIPLOMA/IJAZAH). Beliau akan mendapatkan kepastian daripada KSU secepat mungkin dan satu majlis taklimat kepada wakil GSTT dari setiap negeri di Malaysia akan diadakan minggu depan. Pihak PGM akan dihubungi untuk tujuan tersebut