KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Selasa, 23 Ogos 2011

TAKLIMAT GSTT OLEH KPM

Tarikh    :               22 Ogos 2011 (Isnin)
Masa     :               3.00- 4.30  Petang
Tempat  :               Bilik Mesyuarat Melati, Aras 8, Blok E8, KPM

Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah bersetuju mengadakan taklimat seperti di atas melalui Kementeriannya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yg Bhg. Dato’ Abdul Ghafar B. Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kerana sudi mempengerusikan sesi taklimat, Yg Bhg. Dato’ Wan Khazanah Bt Ismail, TKSU (Pengurusan), Dato’ Nardim Bin Awang, Pegawai Khas Y.A.B TPM, En. Yusran Shah B. Mohd Yusof, S/U Sulit Kanan kepada Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia, pegawai-pegawai tertinggi KPM dan pegawai-pegawai KPM yang lain kerana sudi meluangkan masa untuk memberi taklimat dan respon kepada permasalahan warga GSTT melalui Persatuan GSTT Malaysia (PGM). Tidak lupa ucapan terima kasih dan mengenang jasa kami kepada pihak Pejabat Menteri Besar Perak khususnya Dato’ Ismail B. Suffian, S/U Sulit Kanan Menteri Besar Perak yang telah membuka laluan kepada PGM untuk memperjuangkan nasib GSTT menggunakan saluran yang tepat, dengan mengatur pertemuan kami bersama Dato’ Nardim B. Awang, Pegawai Khas TPM
Untuk makluman semua  ahli, taklimat ini telah dilaksanakan oleh pihak KPM bagi memenuhi permintaan PGM. PGM telah memilih 26 orang wakil dari seluruh Malaysia untuk menghadiri taklimat tersebut.

PENTING!
Perhatian kepada semua GSTT yang layak untuk dilantik semula tetapi belum menerima sebarang tawaran.  Bagi memastikan nama anda tidak tercicir daripada sistem dan program kursus persediaan perguruan untuk GSTT, anda diminta berbuat demikian secepat mungkin:
1)    Rujuk kepada sekolah tempat berkhidmat tahun 2010. Pastikan guru data mendaftarkan anda sebagai GSTT dalam sistem EMIS (bukan sebagai guru kontrak atau Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE)). Jika tidak, minta guru data betulkan.
2)    Rujuk kepada JPN, Bahagian Pengurusan Sekolah untuk menyemak sama ada nama anda tersenarai atau tidak. Jika tidak tersenarai, tulis surat rayuan dan sertakan bersama dokumen sokongan iaitu surat lantikan GSTT 2010 (lantikan sehingga Jun 2010) dan tahun sebelumnya. JPN akan menghantar senarai rayuan tersebut ke KPM selepas cuti Hari Raya Puasa (awal September 2011). * Hanya rayuan melalui JPN sahaja yang akan dilayan



Berikut adalah intipati taklimat yang telah disampaikan:
URUTAN PROSES LANTIKAN SEMULA DAN KURSUS PERSEDIAAN PERGURUAN UNTUK GSTT YANG TELAH DILAKSANAKAN
Tarikh
Peristiwa


1/11/2010



3/3/2011


24/3/2011


30/6/2011
Ucapan penggulungan Menteri Pelajaran Malaysia di Dewan Rakyat
·         Menyentuh mengenai GSTT- Akan ada mekanisme untuk membela nasib GSTT Pengumuman Menteri Pelajaran Malaysia mengenai pelantikan semula 13184  orang GSTT

Ucapan penggulungan Y.A.B Menteri Pelajaran di Dewan Rakyat
·         GSTT 2010 akan diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat  dan akan dipertimbangkan untuk diserap ke jawatan tetap
·         Tiada lagi GSTT dilantik pada 2012

Mesyuarat KSN, JPA, Kementerian Kewangan dan KPM memutuskan:
·         3793 GSTT yang layak dan belum dilantik semula akan dilantik secara Contract For Service mulai Julai 2011 sebelum mengikuti latihan



SYARAT UMUM LANTIKAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 1/2007
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur semasa dilantik
Siswazah             :               Tidak lebih 35 tahun
Bukan Siswazah    :               Tidak lebih 30 tahun       
  1. Kelayakan akademik yang diiktiraf
  2. Kepujian Bahasa Malaysia SPM/setaraf
  3. Guru agama: Kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM. Mata pelajaran Agama Islam Tinggi/ IV Thanawi

SYARAT LANTIKAN SEMULA GSTT (SEMASA PENGUMUMAN)
  1. GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
  2. Telah berkhidmat selama 2 tahunTermasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT ASAS GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
  1. Umur kurang 35 tahun
  2. Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  3. Berkhidmat sebagai GSTT selama 2 tahun
  4. Pernah berkhidmat sebagai GSTT di SK, SJKC, SJKT, SMK atau SMJK pada tahun 2010
  5. Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT OPSYEN GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
GSTT bukan siswazah
  • Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  • Kepujian minimum dalam mata pelajaran opsyen
  • Gred E peringkat STPM/
  • Diploma
  • Sesuai dengan opsyen dipohon
GSTT siswazah
Sarjana muda tempatan / luar negara
  • Diiktiraf oleh kerajaan dan
  • Sesuai dengan opsyen dipohon
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”


SYARAT BIASA KE IPG
LEPASAN SPM- PROGRAM PERSEDIAAN (Kursus Selama 66 Bulan)
  1. Warga negara Malaysia
  2. Umur tidak lebih 20 tahun semasa daftar
Syarat Opsyen
  1. 3 mata pelajaran cemerlang (A)
  2. 3 kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Sejarah dan mana-mana mata pelajaran lain
  3. Lulus Bahasa Inggeris

LEPASAN IJAZAH (Kursus Selama 18 Bulan)
  1. Warga negara Malaysia
  2. Kredit Bahasa Malaysia SPM
  3. Ijazah yang tepat dan bersesuaian
  4. Pointer 2.75 ke atas
  5. Berpengalaman sebagai seorang guru (nilai tambah)

KEDUDUKAN PELANTIKAN SEMULA GSTT SEHINGGA 18 OGOS 2011




LATIHAN/KURSUS
  1. Latihan di IPTA selama 18 bulan dari Disember 2011 hingga Mei 2013 seramai 4787 orang
  2. Latihan di IPG (KPLI-SR) selama 18 bulan dari Januari 2012 hingga Jun 2013 seramai 762 orang
  3. Latihan di IPG (KPLSPM) selama 66 bulan dari Januari 2012 hingga Jun 2017 seramai 2059 orang

Pada akhir sesi taklimat, Yg. Bhg. Dato Abd Gaffar meminta warga GSTT menggunakan peluang sepenuhnya semasa latihan dengan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang pendidik yang cemerlang supaya dapat mendidik dan membimbing pelajar dengan lebih berkesan. Beliau juga mengingatkan bahawa program ini sebenarnya sebagai satu hadiah yang amat berharga daripada Y.A.B Menteri Pelajaran kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Semasa sesi soal jawab, beberapa permasalahan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan GSTT telah dapat dijawab. Berikut adalah kesimpulan daripada jawapan kepada permasalahan tersebut:
  1. Perkhidmatan sebagai GSTT pada tahun 2011 tidak diambil kira
  2. GSTT yang tidak berkhidmat pada tahun 2010 dikira tidak layak walaupun telah berkhidmat lebih daripada 2 tahun pada tahun sebelumnya dan tahun 2011
  3. Tidak perlu melalui sebarang ujian / temuduga sebelum mengikuti latihan
  4. Data GSTT yang bertugas lebih daripada 1 negeri juga ada di KPM (bergantung kepada data EMIS). Jadi sila buat semakan seperti di bahagian awal ‘post’ ini.
  5. Untuk lantikan semula Contract For Service, dan pemilihan mengikuti kursus, pihak KPM yang bertanggungjawab memilih senarai nama berdasarkan data EMIS, sementara tugas melaksanakan lantikan semula GSTT diserahkan kepada JPN
  6. GSTT pendidikan khas tidak termasuk dalam program ini
  7. GSTT yang tidak berpeluang mengisi borang KPLI/KPLSPM GSTT dalam didik tidak akan diberi peluang tambahan lagi kerana pihak KPM telah 3 kali melanjutkan tempoh mengisi borang dan sedaya upaya menghubungi sendiri GSTT tersebut termasuk melalui telefon dan sms, namun ramai yang tidak memberikan respon
  8. Fungsi borang KPLI / KPLSPM GSTT tersebut adalah sebagai “back-up system” kepada system EMIS bagi GSTT
  9. Tiada keutamaan kepada mana-mana jenis kontrak GSTT sama ada COS / CFS / belum dilantik semula bagi melayakkan GSTT mengikuti latihan. Kriteria utama adalah memenuhi syarat
  10. Peruntukan gaji untuk GSTT CFS akan diturunkan pada minggu ini (akhir Ogos) dan mereka akan menerima gaji seawalnya bulan September (jika diurus dengan segera oleh GSTT, pihak sekolah, PPD, dan JPN)
  11. GSTT yang sudah berumur 36 tahun pada 2011 tidak perlu bimbang kerana hanya umur maksimum 35 tahun pada 31 Disember 2010 yang diambil kira
  12. Surat tawaran mengikuti kursus akan dikeluarkan seawal-awalnya pada bulan November 2011

Sebagai mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan ahli, pada akhir sesi taklimat dan soal jawab, Pengerusi PGM telah meminta izin dan dipersetujui untuk menyerahkan senarai nama dan maklumat ahli PGM yang mencukupi syarat tetapi belum dilantik. Maklumat diserahkan kepada Yg. Bhg. Dato’ Abd. Ghafar. Maklumat tersebut adalah yang diemailkan oleh ahli kepada PGM sehingga 21 Ogos 2011 bagi memastikan data mereka dapat dikemaskini dan tidak lagi tercicir.
                                               






Khamis, 18 Ogos 2011

PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua ahli PGM. Taklimat Proses Penyerapan GSTT oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan berlangsung pada hari Isnin (22 Ogos 2011). Pada kesempatan yang sama, PGM akan mengemukakan sebarang permasalahan ahli PGM berkaitan lantikan  semula gstt / proses penyerapan (yang relevan). Jadi, anda boleh mengemukakan permasalahan anda berkaitan perkara di atas termasuklah :
a) Ahli PGM yang mencukupi syarat untuk lantikan semula gstt cfs tetapi masih belum dilantik, boleh menghantar butiran seperti yang diminta kepada SU PGM seperti dalam 'post' sebelum ini selewat-lewatnya pada hari Sabtu (20/08/2011)
b) Anda yang berminat boleh menghubungi talian 010-9001003 untuk dipertimbangkan penyertaan anda dalam taklimat tersebut (selewat-lewatnya 20/08/2011)

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI PELANTIKAN SEMULA GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)

by Official : Kementerian Pelajaran Malaysia on Wednesday, August 10, 2011 at 11:03am
1.      Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan Guru Sandaran Tidak Terlatih baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahu pun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut.

2.      Lantaran dari itu, pada 3 Mac 2011, selepas merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan di Dewan Kampung Simpang Entilibon, Sabah saya telah mengumumkan bahawa seramai 13,184 orang GSTT tahun 2010 akan dilantik semula pada tahun 2011.

3.      Malahan, semasa ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011, saya juga memaklumkan bahawa GSTT yang pernah berkhidmat pada tahun 2010 diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat dan diserap ke jawatan tetap mengikut syarat iaitu umur tidak melebihi 35 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun termasuk tahun 2010.

4.      Berikutan dari itu, sehingga Mei 2011, seramai 5,926 GSTT telah dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan (1,143 orang sedang mengikuti latihan iaitu kemasukan secara permohonan biasa). Dengan itu, terdapat 7,258 orang GSTT yang belum dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan.

5.      Bagi menyelesaikan masalah GSTT yang belum di lantik semula ini, satu perjumpaan khas telah di adakan di antara Ketua Setiausaha Negara,  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun 2011. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan pada 1 Julai 2011 berkaitan perlantikan semula secara contract for service mulai Julai 2011 bagi GSTT yang layak. Perlantikan secara contract of service ini akan berjalan sehingga mereka ditawarkan latihan perguruan sama ada di IPG atau IPTA.

6       Daripada 7,258 orang GSTT yang belum dilantik semula, seramai 3,793 orang layak dilantik. Seramai 972 orang daripada kumpulan ini akan mengikuti latihan perguruan 18 bulan di IPTA mulai Disember 2011 dan 2,821 orang akan mengikuti latihan perguruan di IPG ambilan Januari 2012. Bagi yang mengikuti kursus di IPG, mereka yang mempunyai ijazah akan mengikuti latihan 18 bulan dan yang tidak berijazah akan mengikuti latihan 66 bulan iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

7.      Bagi baki kumpulan ini yang berjumlah seramai 3,465 orang, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka.

8.      Bagi yang dikenalpasti tidak layak dilantik semula, semakan keatas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos 2011.

9.      Bagi mereka yang dilantik semula, penempatan tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau opsyen asal. Penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong perlaksanaan dasar khususnya dasar baru Kementerian seperti MBMMBI, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).


Pejabat Menteri Pelajaran
Putrajaya
26 Julai 2011




Isnin, 8 Ogos 2011

TERIMA KASIH KPM KERANA MENDENGAR RINTIHAN GSTT


Pihak persatuan amat berterima kasih atas keprihatinan Tan Sri selaku Menteri Pelajaran Malaysia yang menunaikan janji akan mengambil tindakan segera bagi merungkai kekusutan yang dihadapi GSTT ini. Terima kasih juga kepada Pegawai Khas TPM Dato' Nadim Bin Awang yang membawa memorandum kami ke peringkat atasan untuk tindakan. Sekarang ini, pihak persatuan masih lagi menunggu tarikh untuk taklimat KSU KPM dengan wakil GSTT setiap negeri. Kami akan sentiasa 'follow up' dari semasa ke semasa dengan pihak berkenaan. Buat masa ini, jawapan dari pihak KSU berkenaan penetapan tarikh tersebut masih belum diperolehi kerana tiada waktu yang sesuai lagi. Harap maklum. Berikut adalah petikan perkembangan dari memorandum yang dihantar dan pihak persatuan hanya menunggu tarikhnya saja lagi.

 


PERKEMBANGAN PENYERAHAN MEMORANDUM

Pada hari Ahad lepas (10/07/2011), Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Nadim Bin Awang telah menghubungi wakil Persatuan GSTT Malaysia (PGM) bagi memaklumkan taklimat yang dirancang antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan wakil GSTT setiap negeri ditunda ke minggu depan. Tarikh sebenar taklimat tersebut akan dimaklumkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman di media pada minggu ini. Jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman dan berita gembira dari Menteri Pelajaran kita. Pada masa yang sama, wakil-wakil GSTT setiap negeri diminta bersedia untuk menghadiri taklimat dengan KSU KPM minggu depan. Segala persoalan tentang status GSTT yang selama ini membelenggu fikiran kita bolehlah dikemukakan dalam taklimat tersebut. Ahli PGM yang ingin mengemukakan persoalan kepada KSU bolehlah emailkan kepada SU PGM:  rafiqah_ina@yahoo.com.my


Selain itu, PGM juga menyeru GSTT/ bekas GSTT yang belum menjadi ahli PGM secara sah cepat-cepat mendaftar bagi mengukuhkan kedudukan dan penyatuan kita serta memastikan tuntutan dan suara kita didengar di peringkat atasan. Selain itu, seperti persatuan-persatuan lain juga, PGM hanya memberi keutamaan untuk memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.


Berkenaan dengan borang KPLI/KPLSPM yang diisi oleh GSTT/bekas GSTT secara on-line minggu lepas, PGM ada menerima rungutan bahawa terdapat GSTT yang tidak diberi peluang tersebut atas pelbagai alasan. Anda tidak perlu risau kerana perkara tersebut akan kami bangkitkan semasa taklimat dengan KSU minggu depan. Lagipun, mungkin KPLI/KPLSPM bukan satu-satunya mekanisme yang akan digunakan KPM untuk menyerap GSTT ke jawatan tetap. Segalanya akan terjawab dalam taklimat dengan KSU minggu depan.


UM 03/08/2011 - Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula