KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Sabtu, 14 Mei 2011

Coretan PGM Dalam Berita Harian Terkini :

Guru Sandaran Tidak Terlatih sekolah menengah tuntut janji diserap ke jawatan tetap


2011/05/13

SAYA mewakili Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sekolah menengah di Perak khasnya dan Malaysia amnya yang berkhidmat melebihi dua tahun ingin menyuarakan keluhan hati kerana sudah tidak nampak lagi isu ini akan diselesaikan Kementerian Pelajaran.Sejak pengumuman penyambungan dan penyerapan GSTT ke jawatan tetap pada 3 Mac 2011 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir setiap hari saya menelefon Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak dan Kementerian Pelajaran Malaysia bertanya perkembangannya.
Sehingga kini, saya dan guru GSTT menengah yang lain masih belum menerima sebarang surat lantikan seperti dijanjikan.
Lebih menyedihkan apabila menghantar e-mel kepada Kementerian Pelajaran, ia dibalas Eksekutif Khidmat Pelanggan kementerian dengan menyatakan syarat penyerapan ke jawatan tetap ialah seseorang guru GSTT mesti mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan.

Saya hairan kerana mana mungkin guru GSTT mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan kerana syarat ditetapkan ialah tidak memegang ikhtisas perguruan.

Saya percaya semua guru GSTT menengah di Malaysia tidak mempunyai ikhtisas perguruan kerana jika kami mempunyai ikhtisas perguruan, tidak mungkin digelar GSTT tetapi sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST).

Kenapa arahan menteri tidak dilaksanakan kementerian mahupun JPN. Saya dan beberapa rakan lain menubuhkan Persatuan Guru Sandaran Tidak Terlatih dan berjaya menghimpunkan guru GSTT di Malaysia pada 8 Mei lalu di Ipoh bertujuan membela nasib 13,000 guru GSTT.
GURU GSTT MENENGAH,
Taiping, Perak.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sorry, komen sara tu bukan saya removed tp dia hilang s'diri lps sistem down hari tu

    BalasPadam