KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Isnin, 9 Mei 2011

HASIL PERJUMPAAN DAN MESYUARAT ( 8 MEI )

Salam,
Seperti yang kita semua maklum, perjumpaan dan mesyuarat pertama Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah berlangsung di Kampar, Perak. Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kerana anda memberi sokongan dan komitmen penuh kepada PGM walaupn terpaksa meredah perjalanan jauh dan ada yg terpaksa membawa anak kecil bersama. InsyaAllah, perjuangan kita akan memberikan hasil yang lumayan untuk kita semua. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kampar kerana telah menyumbangkan hidangan sarapan pagi kita dan sanggup membantu menjaga ketenteraman dan lalulintas dari awal pagi hingga ke akhir majlis. Kerjasama pihak PDRM khususnya dari IPD Kampar juga amat kami hargai. Sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Cekap, Komited, Berdisiplin dan Mesra. Alhamdulillah, dengan penglibatan dan kerjasama anda semua, mesyuarat penubuhan PGM dan menulis memorandom dapat dilaksanakan dalam keadaan aman, teratur, dan lancar seperti dirancang.

Tentu GSTT yang tak dapat hadir tak sabar-sabar nak tau tentatif program kita semalam dan hasilnya. Ok! cerita sikit lah ye......lebih kurang pukul 8 pagi lagi anggota RELA dah sampai dan mengambil tempat masing-masing. Lepas tu pendaftaran. Masa pendaftaran, pihak PDRM sampai dan mereka terus bersama kita hingga selesai majlis. Majlis bermula lebih kurang pukul 10 pagi. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan pemangku pengerusi PGM. Lepas tu rehat dan minum pagi. Majlis diteruskan dgn mesyuarat penubuhan persatuan iaitu mula dengan ucapan pengerusi, mengesahkan nama dan alamat p'satuan, pembentangan undang-undang tubuh PGM (ada 18 fasal) dan diakhiri dgn pelantikan AJK Penaja. Majlis berhenti rehat untuk makan tengahari & solat zuhur. Sambung semula dengan perbincangan isi kandungan, tarikh,dan cara memorandumm nak dihantar ke KPM. Majlis ditutup dengan bacaan doa juga. Ha....itulah tentatifnya.

Hasil mesyuarat pula....dalam ucapan pemangku pengerusi dinyatakan tujuan utama perjumpaan adalah untuk menubuhkan persatuan yang sah disisi undang-undang demi menjaga kepentingan & kebajikan GSTT seluruh negara. PGM juga diharap dapat menjadi medium rasmi untuk GSTT bersuara dan pada masa yang sama, pihak KPM diharap dapat menyalurkan maklumat yang tepat & berkesan kepada para GSTT melalui PGM. Jadi, insyaAllah akan wujud interaksi 2 hala yang berkesan antara warga GSTT dengan KPM.

Hasil mesyuarat penubuhan PGM: telah disahkan bahawa nama pertubuhan ialah Persatuan GSTT Malaysia (PGM) dengan menggunakan alamat rasmi no 181 Kg Kota, Tualang Sekah, 31700 Malim Nawar, Perak. Undang-undang tubuh tak payah cerita la ye, panjang sangat. Tapi antaranya yuran pendaftaran keahlian RM7 dan yuran tahunan RM3. Kemuadian diakhiri dengan pelantikan AJK Penaja (nanti akan dimasukkan dalam ruangan kedudukan organisasi bahagian atas blog)

Tentang penulisan memorandum pula, satu kata sepakat telah diputuskan untuk menulis memorandum kepada KPM berbunyi......????......(ekslusif untuk yang hadir saja) yang tak hadir boleh tau dari media semasa penyerahannya nanti. Tp tak perlu risau kerana ayat dan tuntutan dalam memo tersebut sangat menjaga sensitiviti dan tidak menyinggung mana-mana pihak sama ada GSTT mahupn KPM. Tarikh penyerahan, insyaAllah dalam cuti sekolah bulan 5 ni iaitu diserahkan oleh Jawatankuasa Penaja PGM. Bersama-sama memo tersebut akan disertakan borang statistik yang anda isi dlm blog ni. Jadi sesiapa yang belum isi, cepat-cepat la isi (sebelum 26 Mei). Jangan risau tentang keselamatan dan jangan takut kena black list nama oleh mana-mana pihak kerana kita turut mendapatkan nasihat daripada pihak berwajib. Selagi kita bertindak mengikut landasan dan prosedur yang betul, kedudukan kita tidak akan terjejas

Perkembangan lain, kami hampir menyiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan PGM dengan ROS. Mungkin esok @ lusa pendaftaran akan dibuat. Kami juga akan mengusahakan untuk membuka keahlian PGM secara on-line. Jadi GSTT yang tak dapat hadir pada 8Mei lalu juga akan berpeluang menjadi ahli PGM. Kalau ditanya apa beza jadi ahli @ tidak kerana matlamat utama PGM untuk menjaga kebajikan GSTT seluruh Malaysia. Jawapannya: Antara anak angkat dengan anak sendiri, sudah pasti anak sendiri diberi lebih perhatian dan keutamaan. Oh ye....dalam ruangan gallery di atas ada dimasukkan beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis tersebut. Sorry, tak sempat ambil gambar banyak-banyak, masing--masing sibuk besmesyuarat dan banyak idea nak dikongsi

Terima kasih aatas sokongan anda. Wassalam !


7 ulasan:

  1. panjang lebar admin kite tulis tentatif tentang program semalam (8 mei 2011), kawan2x gstt tolonglah sokong usaha admin dan gstt yang hadir semalam supaya apa yang kita mahu, kita dapat.

    BalasPadam
  2. Salam admin..

    Sedih sangat plan nak datang tak jadi koz ader masalah yg sgt2 tak dapat dielakkan :(
    Aperpon mahu berdaftar juga dgn PGM. Diharap dapat berdaftar. Maaf kesulitan tidak dapat menghadirkan diri... Semoga usaha ini akan dibc=erkati. Amin..

    BalasPadam
  3. k, dora. sama2 kita usaha dan doa demi masa depan GSTT seluruh M'sia

    BalasPadam
  4. detail memo is private n con fidential, hop everybody understand why we do like that, nor for popularity, but this is our effort to get back our works n be the permanent teacher...

    BalasPadam
  5. Saya ada menerima pandangan daripada anda berkenaan bahasa sms yang digunakan dalam entry kedua ini contohnya dcc, udg2, dan t'paksa. InsyaAllah saya akan memperbaikinya. Saya juga memohon maaf atas kesilapan tersebut yang disebabkan kelemahan diri saya sendiri, permintaan ramai supaya segera melaporkan hasil mesyuarat dan keletihan menanggung bebanan kerja persatuan antaranya ialah:
    1) Terpaksa berulang alik bertemu ketua kampung menguruskan hal sewa dewan dan surat kebenaran menggunakan tempat (untuk urusan permit)
    2) Berulang alik ke balai polis untuk uruskan permit seperti membuat permohonan, ditemuduga dan menghantar senarai nama bakal peserta
    3) Menyediakan undang-undang tubuh persatuan (6 salinan dengan 16 muka surat bagi setiap salinan) untuk tujuan daftar ROS dan polis
    4) Menyediakan surat kebenaran menggunakan alamat untuk ditandatangani oleh pemunya alamat ( sebelum pelantikan S/U)
    5) Bersama S/U menyediakan lambang dan penerangan lambang persatuan ( untuk ROS dan polis)
    6) Follow-up peserta yang akan menghadiri mesyuarat
    7) Menyediakan sendiri 2 papan tujuk arah untuk ke tempat mesyuarat (Siap pukul 2 pagi hari mesyuarat)
    8) Menyediakadan peta dari rumah rehat kampar ke Dewan Kuala Dipang dan menyediakan borang pendaftaran ahli
    9) Masak lauk untuk makan tengahari pada hari mesyuarat (bangun pukul 5 pagi)
    10) Membasuh peralatan hidangan, periuk dan kuali yang digunakan
    11) Mengubahsuia undang-undang tubuh persatuan mengikut perbincangan mesyuarat
    12) Bersama-sama S/U mengisi borang 1 ROS (6 salinan)
    13) Menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak polis
    14) Bersama S/U dan bendahari ke ROS untuk tujuan pendaftaran persatuan
    15) Bersama SU dan Bendahari membetulkan dan mengemaskini undang-undang tubuh persatuan mengikut kehendak ROS

    Tugas yang menanti esok pula: 1) pergi ke bank bertanyakan tentang pembukaan akaun bank atas nama persatuan dan 2) bersama-sama S/U menulis 2 Memorandom iaitu untuk Pejabat Menteri Besar Perak dan untuk KPM

    Itulah tugas yang perlu saya lakukan setakat ini. Bukan niat menunjuk-nunjuk, sekadar menjawab dan mengulas pandangan anda. Secara ikhlasnya saya berterima kasih atas teguran anda. InsyaAllah saya akan perbaiki kelemahan ini pada masa akan datang

    BalasPadam
  6. Terima kasih asma. Sebenarnya kita semua saling memerlukan. Setiap orang antara kita memainkan peranan tersendiri. Jadi sama-samalah kita bersatu hati meneruskan perjuangan PGM demi masa depan GSTT semua

    BalasPadam