KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Selasa, 31 Mei 2011

PENDAFTARAN AHLI PGM SECARA ON-LINE KINI DIBUKA

GSTT @ ex-GSTT seluruh negara yang tidak berpeluang menghadiri mesyuarat penubuhan PGM pada 8 Mei 2011 lalu, kini berpeluang untuk mendaftar secara on-line:

1) Anda dinasihati membaca dan memahami undang-undang tubuh Persatuan GSTT Malaysia (PGM)
2) Masukkan duit yuran persatuan sebanyak RM 10 ( RM 7=yuran pendaftaran dan RM 3=yuran tahunan) ke dalam akaun bank PGM iaitu 0808-0076877-52-3 (CIMB BANK)
3) Mengisi borang keahlian secara on-line dan sub-mit borang tersebut (emailkan slip deposit yang telah di "scan" sebagai bukti pembayaran yuran ke alamat email Bendahari: sagaputri@ymail.com) no tel: 014-8025620
4) Selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja, anda akan menerima email pengesahan keahlian daripada pihak PGM

Sokongan anda untuk menjadi ahli PGM secara sah sudah pasti akan memberi kekuatan kepada perjuangan PGM secara keseluruhannya. Seperti yang anda tahu, borang statistik dalam blog ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar tentang maklumat terkini gstt dan anda yang mengisi borang statistik tidak bermakna telah secara automatik menjadi ahli PGM. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, jika ditanya apa beza jadi ahli @ tidak kerana matlamat utama PGM untuk menjaga kebajikan GSTT seluruh Malaysia. Jawapannya: antara anak angkat dengan anak sendiri, sudah pasti anak sendiri diberi lebih keutamaan dan pembelaan. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan persatuan kita dengan mendaftar sebagai ahli PGM secara sah

17 ulasan:

  1. wani..yang isi borang keahlian tu dalam mane pulak yer?yg statistik itu hari ker? kalo dah isi kene isi lagi ker?

    Thanks...

    BalasPadam
  2. dora, bukan borang statistik, tp borang keahlian PGM. sekarang tgh bina borang. kejap yer...

    BalasPadam
  3. kak wani, setakat ni memang kerajaan akan tunaikan atau tidak penyerapan gstt tahun lepas. Pendapat kak wani sendiri, berapa lama lagi gstt perlu tunggu atau beralah sahaja?...saya tak tahu nak tanya siapa.

    BalasPadam
  4. zura: maklumat yang kami terima, peruntukan utk gstt baru saja lulus tetapi bukan untuk semua lebih kurang 13 000 gstt. Sehingga kini, rekod gstt masih lg di tgn JPN, blm lg diselaraskan oleh KPM dan pengambilan GSTT masih lg diuruskan oleh JPN. Jd kami sedang berusaha untuk mengadakan pertemuan dan berbincang dgn KPM serta menyerahkan memorandum berkenaan. Pihak Pejabat MB Perak sedang cuba membantu kami mengatur temujanji terbabit. Ttg jamgka masa tu akak x berani nk cakap sbb kami sedang usaha sedaya mungkin, selebihnya kita serah pada Allah. InsyaAllah Dia perkenankan dan berkati usaha dan doa kita

    BalasPadam
  5. ALHAMDULLH,kalu dah sampai peringkat ini,harap dapatlah kita mmeperjuangkan..nasib GSTT nie..insyallh....taklama lagi saya akn daftarkan keahlian ini..yea....

    BalasPadam
  6. kalau bukan untuk semua kak wani macam manalah kita nak tahu adakah kita tersenarai atau tidak, rasa ragu-ragu pun ada, macamanapun tq atas inisiatif PGM memperjuangankan hak gstt..

    BalasPadam
  7. kak wani, akak kata peruntukan utk gstt dah lulus kan.. yg tu utk semua 13000 tu atau yg terpilih sahaja?

    BalasPadam
  8. peruntukan yg br lulus tu bkn utk semua lbh krg 13k gstt dan blm diterangkan siapa yg b'kenaan. Gambaran lbh jelas mungkin kita dpt masa pertemuan dgn KPM nanti. Apapun, yg penting : fokus utama PGM supaya semua lbh krg 13k gstt 2010 dpt sambung semula kontrak dan penyerapan gstt tetap dilakukan w'pn berperingkat

    BalasPadam
  9. salam. saya bukan gstt. isteri gstt. rasanya pendaftaran hanya dibuka utk gstt aje kan ? utk mantapkan lagi persatuan, sy cadang supaya dptkan sokongan luar pelbagai profesion. Sy dgn ini rela membantu kalau diperlukan !

    BalasPadam
  10. salam kak wani.. sy dah berdaftar sbgi ahli PGM. cuma ingin tau, apa perkembangan isu gstt buat masa sekarang? Sunyi sepi pulak sejak forum diskusi dihentikan. Sebenarnya ada baiknya juga.

    BalasPadam
  11. w'salm.
    M.Fairuz, terima kasih atas sokongan dan cadangan anda. Buat masa ini PGM hanya terbuka kepada GSTT dan bekas GSTT sahaja. Perkara ini terkandung di dalam undang-undang tubuh persatuan dan jika nak diubah memerlukan persetujuan dari mesyuarat agung persatuan (tahunan/luar biasa). Walaubagaimanapun sokongan dan bantuan daripada pihak luar amat kami hargai

    BalasPadam
  12. W'salam.
    Sittiq borang pendaftaran sittiq kami dah terima, tp menurut bendahari, beliau belum menerima email resit daripada anda. mungkin sittiq t'lupa emailkan kepada bendahari. boleh msg@ email bendahari untuk kepastian. Harap maaf atas kesulitan kerana PGM tidak mempunyai kemudahan internet banking, bank tidak benarkan akaun mana-mana p'satuan menggunakan internet banking bagi mengelakkan penyelewengan.

    Tentang ketiadaan ruangan diskusi, memang ramai yg tak suka menggunakan ruangan komen@ ulasan sbb kena masukkan email add dan pemantauannya lebih berbanding di bahagian diskusi. Ramai juga yg setuju ruangan itu ditutup krn ada pihak yg menyalahgunakannya. Jd lebih baik kurang meriah daripada terpaksa melayan perkara x sepatutnya. Sebenarnya dlm ruangan diskusipn admin boleh mengesan identiti siapa yg komen melalui alamat lokasi dia melayari internet, tp x boleh nk delete komen tersebut

    Tentang perkembangan isu gstt, akak up date dalam entry di atas ye...

    BalasPadam
  13. Salam kak wani, saya dah emailkan slip resit pada 5 Jun 2011 dan bendahari dah membalas email saya pada 7 Jun 2011 dengan menyatakan bahawa "saya dah terima, terima kasih, anda telah menjadi ahli pgm, terus menberi sokongan untuk pgm". Saya boleh emailkan kembali jika diperlukan.

    BalasPadam
  14. Salam wani, sy dh isi borang..nanti sy bank-in kan yuran ye..pd pendapat sy, penubuhan persatuan ni bnyk membantu menyusun gerak GSTT supaya lebih fokus. Terima kasih kepada sesiapa shj yg memulakan inisiatif ini. WE OWE YOU GUYS BIG TIME. Semoga Tuhan membalas usaha KEBAIKAN dengan KEBAIKAN jua hendaknya.Amin.

    BalasPadam
  15. salam wani,saya dah bank in dan isi borang online 2/8/11,tapi masih belum mendapat sebarang respond dr PGM..Sekarang dah lebih seminggu,harap pihak PGM dapat respond dengan saya.
    gar_field79@yahoo.com

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum terlebih dhulu sy mintak maaf byk2 sy dh lama isi brg statistik tue tp disebabkn silap sy sendiri x baca abis ttg syarat pendaftaran ahli.Jd sy x bayar lg duit pentaftaran insyaalah sy akn byr duit tue. Saya memang nak jd ahli PGM minta maaf sekali lg ye sy menyokong usaha pihak PGM untk membela nasib GSTT.~teruskan perjuangan~

    BalasPadam