KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Selasa, 26 Julai 2011

Jawapan KPM kepada GSTT yang tidak dapat disambung kontrak lagi

----- Forwarded Message -----
From: Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia <kpkpm@moe.gov.my>
To: Putri Saga
Sent: Thursday, July 21, 2011 5:07 PM
Subject: Re: Aduan mengenai sebilangan GSTT yang tidak dapat disambung kontrak

"SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Tuan/Puan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan Puan/ Cik                                   rujukan : 207    , bertarikh 19 Julai 2011 berkaitan dengan status Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
Untuk makluman, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk melaksanakan tindakan susulan supaya 13,184 GSTT yang berkhidmat pada tahun 2010 dilantik semula pada sesi persekolahan 2011.


Sehubungan itu, tindakan berikut telahpun diambil :-

    i.     Mengenalpasti setiap GSTT yang terlibat, dan
    ii.    Merangka tindakan untuk lantikan semula GSTT tersebut.
Oleh yang demikian, baki Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) berjumlah 7,036 orang sedang diusahakan untuk dilantik semula berasaskan taburan perjawatan di negeri-negeri dengan bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tersenarai serta menyesuaikan dengan opsyen yang diperlukan oleh sekolah. Seperti yang puan sedia maklum GSTT yang dilantik adalah untuk menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru pada sesuatu masa. Justeru, pengambilan semula bekas GSTT adalah bergantung kepada kekosongan jawatan dan keperluan perkhidmatan.
Untuk pengetahuan puan, penempatan guru di sesebuah sekolah juga adalah berdasarkan kepada Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan yang telah diluluskan bagi sekolah tersebut. Jika penempatan itu melebihi daripada ABM / kuota yang telah ditetapkan, sekolah/pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan surcaj. Dasar ini perlu dilaksanakan bagi memastikan taburan guru adalah seimbang di seluruh negara.
Berkenaan dengan permohonan KPLI bagi GSTT ia adalah di bawah kelolaan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan dinasihatkan supaya membuat rujukan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk maklumat lanjut.
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu Puan/ Cik
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.
Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
Sekian.
“SEDIA BANTU”
Yang benar,

SUHAILIS BINTI SAHARUN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

10 ulasan:

  1. Salam kak wani, bagaimana pula dengan nasib GSTT yang berkhidmat setahun setengah dan kurang dari setahun. adakah mereka tidak termasuk dalam senarai 13000 gstt yang akan diserap secara tetap?. Walaupun mereka ini berkhidmat kurang dari setahun tapi mereka juga mempunyai rekod yang baik semasa berkhidmat d sekolah dan aktif sebagai guru di sekolah. Harap pihak KPM tidak terlepas pandang dengan nasib guru-guru yg pernah berkhidmat kurang dari 2 tahun.

    BalasPadam
  2. salam...
    saya telah berkhidmat selama 3 tahun dari tahun 2008 hingga 2010. namun dengan dukacitanya nama saya tidak tersenarai dalam panggilan untuk diserap... apa yang perlu saya lakukan.

    BalasPadam
  3. salam, saya nak tahu apakah proses penyerapan 13000 gstt ada kena mengena dengan permohonan kpli ambilan khas intake nov 2011 sebelum ni. saya keliru apakah benda ni 2 perkara yang berbeza? kami gstt kelate di hubungi oleh jpn untuk isi borang bagi permohonan kpli intake nov.2011. syaratnya pula bagi meraka yang berkhidmat atara 2008 hingga 2011. untuk makluman wani kami tidak disambung kontrak pada 2010 dan 2011. rata-rata antara kami hanya berpengalaman kurang 2 tahun? apakah kami layak diserap?

    BalasPadam
  4. Persoalan di atas akan kami kemukakan semasa taklimat dgn ksu

    BalasPadam
  5. garpu82: jawapan utk soalan anda ada dlm entry /post "TIDAK DITAWARKAN UNTUK GSTT (cfs)?"

    BalasPadam
  6. salam wani, terima kasih kerana sudi memanjangkan persoalan gstt kelantan kepada kpm. saya amat berharap kami yang berkhidmat pada pertengahan 2008 dan 2009 akan tertakluk dalam proses penyerapan ini walaupun kami tidak mencapai tempoh perkhidmatan 2 tahun. ini adalah kerana pada 2010 dan 2011 semua khidamat gstt tidak disambung. mohon jasa baik PGM membela nasib kami. saya dalam telah mendaftar tapi belum email slip pembayaran kepada PGM

    BalasPadam
  7. saya bersetuju dengan ruzlan agar mempertimbangkan permohonan kami kerana kalu di ikutkan saya telah berkhidmat menjadi pendidik sejak tahun 2007 lagi..(bermula sebagai guru ganti) dan 2008 & 2009 sebagai guru sandaran..diharap nasib kami mendapat pembelaan..terima kasih kerana wujudkan blog ni untuk tmpat mangadu nasib..

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum Wani, saya telah berkhidmat pada Jan - April 2009 (Guru Ganti), dan Jan - Dis 2010 (GSTT). Adakah saya berpeluang untuk tersenarai sebagai GSTT CFS? Terima kasih.

    BalasPadam
  9. saya baru lepas call KPM. memang betul.. mereka sedang berusaha kumpul maklumat GSTT yang lepas, utk di masukkan semula.. tunggu sahaja status di berita atau surat khabar. Semoga kita mendapar berkat dan rahmat di bulan ramadhan ni.. InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. sy sudah dftar dn membuat pembayaran..sila semak email yer admin...
    dan semoga nasib ex gstt/ gstt terbela...insyaAALAH...

    BalasPadam