KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Isnin, 18 Julai 2011

MAKLUMAN KEPADA GSTT PERAK

Petikan dari Portal JPN Perak

Sukacita dimaklumkan, semua Guru Sandaran yang pernah berkhidmat di sekolah bolehlah menyemak senarai Pelantikan Semula GSTT di Sekolah-Sekolah di bawah KPM secara "Contract For service" 2011. Mereka yang berjaya dikehendaki hadir ke Taklimat seperti berikut:

Tarikh      :    20 Julai 2011
Masa       :    8.30 Pagi
Tempat    :    Dewan Besar SMK Anderson, Ipoh

Mohon kerjasama semua PPD sebarluaskan makluman ini dalam portal masing-masing.

Sila muat turun surat dan senarai GSTT lantikan semula 2011 . Untuk mengetahui nama anda tersenarai atau tidak rujuk tawaran GSTT Perak atau download senarai nama

6 ulasan:

  1. tahniah kepada gstt Perak....saya merupakan gstt kl dan ahli PGM juga...jadi bagaimana dgn nasib kami ye?

    BalasPadam
  2. GSTT di negeri lain diminta merujuk kpd JPN masing2 berkenaan dgn pelantikan di bawah contract for service ini kerana arahan oleh KPM telah diturunkan kepada JPN masing2. Walaubagaimanapun, jika anda mencukupi syarat pelantikan kali ini tetapi tidak terpilih/ tiada tindakan oleh JPN masing, anda diminta emailkan maklumat berikut kepada SU PGM untuk dipanjangkan semasa taklimat dengan KSU KPM:
    1) Nama
    2) No KP
    3) No telefon
    4) Alamat
    5) Negeri anda berkhidmat sbg GSTT
    6) Jumlah tahun perkhidmatan sebagai GSTT (hanya lantikan melalui JPN sahaja)-guru ganti/ guru kontrak bawah pakej rangsangan ekonomi tdk dikira
    7) Adakah anda berkhidmat sbg gstt pada tahun 2009 dan 2010
    8) Tarikh anda merujuk kpd JPN, Nama Pegawai JPN yang dirujuk dan apa jawapan yang beliau berikan kepada anda.

    Untuk makluman anda, syarat lantikan utk kali ini ialah:
    1) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 thn sbg gstt
    2) Berkhidmat sbg gstt pada tahun 2010 dan tahun sebelumnya
    3) Umur tidak melebihi 35 tahun

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, saya br dapat sms drp seorang gstt dr Pahang memaklumakan taklimat untuk lantikan semuala GSTT Pahang akan diadakan pada Hari Isnin (25/7/2011).

    BalasPadam
  4. sy juga gstt phng tp xda panggilan utk taklimat=( adakah suma gstt akan dipanggil atau sesetengah tempat di phng sahaja??

    BalasPadam
  5. sy pun GSTT Phg, tp malangnya x dipanggil utk taklimat walaupun sy layak..rupa2 nya x semua dpt..realiti yg menyedihkan kami GSTT2 Pahang..

    BalasPadam
  6. sy prnh jd gstt 2009 & 2010 d n9.tp thn ni xdpt,kata jpn sklh dh lebih guru..so ada x kmungkinan utk sy jd gstt semula pd intake kali ni?????

    BalasPadam