KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Selasa, 12 Julai 2011

Maklumat Terbaru Dari KPM

BH 13/7/2011 - Surat tawaran lantik GSTT secara kontrak dikeluarkan
Kementerian Pelajaran Malaysia 13/7/2011 - Surat tawaran lantik GSTT secara kontrak dikeluarkan

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah. 15 julai, saya terima sms daripada Yg Bhg Dato' Ismail Bin Suffian, SU Sulit Kanan (Bekas SU Politik) MB Perak. "JPN Perak telah diluluskan oleh KPM untuk melantik GSTT seramai 390 org, syarat: telah berkhidmat tidak kurang drp 2 thn iaitu 2010 dan sebelumnya, umur tdk melebihi 35 thn, dilantik secara contract 4 service, mulai Julai 2011 hingga 31 Dis 2011. JPN Perak akan menempatkan mulai 18 Julai 2011 dgn mengambilkira keperluan guru mengikut sek dan daerah"

    BalasPadam
  2. pasti gstt dr neg lainpn telah/ akan menerima berita gembira seperti ini jg

    BalasPadam
  3. Salam. kak wani, sy ingin berkongsi apa yg ex-gstt n9 alami skrg... sy agak terkilan kerana apabila menghubungi jpnns dan bercakap dgn pgawai yg mengendalikan gstt ini, langsung tiada berita tentang gstt jauh sekali at least nak meminta kami update data bekas gstt seperti di negeri2 lain. Bila bertanya pula mengenai KPLI GSTT seperti yg telah dijalankan di negeri2 lain, jawapannya ialah itu mungkin hny utk pngambilan kdc sek rendah, unit menengah x ada kaitan. sy terkilan mengapa di negeri2 lain jpn dan ppdnya telah mengambil inisiatif utk gstt tetapi di n9 ini langsung tiada apa2 berita yang mengembirakan. malah apa yg di beritahu ialah semua sek dah penuh mana lagi tempat nak masukkan ex gstt ni,tiada tempat untuk kami...perkara ini amat mendukacitakan kami ex-gstt di negeri sembilan. Sy amat brharap PGM dapat membantu kami ex-gstt negeri sembilan. terima kasih.

    BalasPadam
  4. w'salam Chibi:
    1) Pastikan anda telah mendaftar dengan PGM
    2) Kak Wani dah emailkan beberapa pertanyaan yang memerlukan jawapan anda dan cadangan PGM. Sila balas email tu ASAP

    terima kasih atas perkongsian maklumat

    BalasPadam
  5. Salam. Sy menyokong pernytaan chibi berkenaan dengan ex-gstt di n9. Sehingga kini, ex-gstt di n9 masih lagi tiada perkhabaran langsung tentang penyambungan kontrak gstt.Kami pun tidak diberitahu agar mengemaskini maklumat di www.didik.my/gstt/ sehinggalah saya terbaca sendiri di fb persatuan gstt. Pelik rasanya sedangkan jpn di negeri lain sudah pun mengambil tindakan sewajarnya mengenai hal ini tetapi jpn n9 masih lagi mendiamkan diri sehingga kini. Keadaan ini adalah sangat mengecewakan...

    BalasPadam
  6. InsyaAllah, kami akan ketengahkan isu ini semasa taklimat dengan KSU KPM nanti

    BalasPadam
  7. adin & kak wani...
    harapnya semua bekas gstt negeri sembilan juga mengambil semangat Kak Wani dan ahli jawatankuasanya untuk mendapatkan kembali hak kita seperti yang telah dijanjikan oleh TPM walaupun harapan di n9 ini nampaknya agak tipis untuk ex-gstt kembali bertugas. Jika benar tiada tempat lagi untuk ex-gstt bertugas di n9 ini, harap PGM dapat memperjuangkan agar kami di masukkan dalam program kursus 18 bulan yang telah dijanjikan oleh KPM. Jangan terus mengecewakan kami ex gstt n9 dan semua yg senasib dgn kami...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, saya br dapat sms drp seorang gstt dr Pahang memaklumakan taklimat untuk lantikan semuala GSTT Pahang akan diadakan pada Hari Isnin (25/7/2011). Sabah, P.Pinang dan Perak juga telah melaksanakan pelantikan semula ini. Semoga kita akan dengar berita gembira ini dari neg2 lain pula

    BalasPadam
  9. tahniah kepada gstt perak pahang p.pinang sabah... semoga ada perkhabaran yang baik di negeri sembilan pula nnt, menanti dgn penuh pengharapan.

    BalasPadam
  10. GSTT negeri sembilan, johor dan kedah juga telah dipanggil untuk taklimat GSTT yang akan diadakan pada minggu hadapan.

    BalasPadam
  11. salam kak wani, sy harap semua gstt yg prnah brkhidmat d panggil kmbali, ramai d antara mereka mhadapi ksusahan untuk mncari pkerjaan, ader d antara majikan taknak ambil mereka bekerja, trmasuk sy yg trpakse gn result SPM untuk mhn kerja, wpun gaji kecil dan kerja tak sepadan dengan kelayakan tp tetap jugak kerja memandangkan smp ke hari ini JPN Melaka belum lagi pgl gstt. Mg usaha yg AJK Penaja lakukan mmbuahkan hasil....

    BalasPadam
  12. ex-gstt negeri sembilan tidak terima sebarang hebahan pun mengenai taklimat gstt? adakah benar ada taklimat mengenai gstt di negeri sembilan? jpnns yg di hubungi tidak memaklumkan langsung tentang perkara ini...

    BalasPadam
  13. chibi:
    perkara tersebut harus dirujuk kpd jpn masing2 kerana ia adalah dalam bidang kuasa jpn masing2, bukan PGM. Dalam perkara ini, sy hanya menyampaikan maklumat yang diterima drp gstt dr neg. tersebut sepaya gstt dr neg yang sama boleh merujuk kpd jpn/ppd masing2 bagi mengelakkan terlepas peluang. Saya sendiri tidak berjaya dihubungi oleh jpn/ppd/sek, tapi m'dapat maklumat drp kwn n terus merujuk kpd jpn utk maklumat lanjut. Harap faham

    BalasPadam
  14. chibi gstt negeri mana ye? saya gstt johor tapi masih tiada berita mengenai taklimat..hari selasa baru ni ada kol jpn johor. jpn johor kata, tengah cari tarikh untuk lapor diri.mungkin minggu hadapan keluar surat..

    BalasPadam