KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Ahad, 31 Julai 2011

TIDAK DITAWARKAN UNTUK GSTT (CFS)?

GSTT /ex-GSTT setiap negeri diminta merujuk kpd JPN masing2 berkenaan dgn pelantikan di bawah contract for service kerana arahan oleh KPM telah diturunkan kepada JPN masing2. Jika anda mencukupi syarat pelantikan kali ini tetapi tidak terpilih/ tiada tindakan oleh JPN masing, anda diminta emailkan maklumat berikut kepada SU PGM untuk dipanjangkan semasa taklimat dengan KSU KPM. Walaubagaimanapun, hanya email /aduan daripada ahli PGM sahaja yang akan kami layan. Jadi, jika belum menjadi ahli, anda boleh mendaftar dengan mengikut prosedur pendaftaran secara on-line dengan PGM terlebih dahulu dan seterusnya emailkan butiran tersebut kepada SU PGM (alamat email SU PGM ada di bahagian kedudukan organisasi):
1) Nama
2) No KP
3) No telefon
4) Alamat
5) Negeri anda berkhidmat sbg GSTT
6) Jumlah tahun perkhidmatan sebagai GSTT (hanya lantikan melalui JPN sahaja)-guru ganti/ guru kontrak bawah pakej rangsangan ekonomi tdk dikira)- sertakan juga nombor rujukan surat lantikan
7) Adakah anda berkhidmat sbg gstt pada tahun 2009 dan 2010
8) Tarikh anda merujuk kpd JPN, Nama Pegawai JPN yang dirujuk dan apa jawapan yang beliau berikan kepada anda.

Untuk makluman anda, syarat lantikan utk kali ini ialah:
1) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 2 thn sbg gstt
2) Berkhidmat sbg gstt pada tahun 2010 dan tahun sebelumnya
3) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Dis 2010

25 ulasan:

  1. Tq for information..

    Masih menanti pengesahan untuk menjadi ahli PGM 2011.. :)

    BalasPadam
  2. bagaimana pula jika last year saya tidak jd gstt tp 2tahun sebelumnya saya menjadi gstt (2008 & 2009) minta penjelasan untuk bantu saya..tq

    BalasPadam
  3. salam..k.wani..stkat nie nor dh wat rayuan di JPN pd mggu lepas..cuma nk th agak2 bile yg buat rayuan nie akan dpggil...syarat2 yg dtetapkan semua mgikut syarat...

    BalasPadam
  4. wiwita: jika dah lengkapkan semua prosedur pendaftaran on-line, tunggu selewat-lewatnya 7 hari bekerja. Jika belum juga menerima pengesahan, sila hubingi Bendahari PGM (no tel dlm bahagian kedudukan organisasi)

    (",) MiSs: Perkara ini akan cuba kami ajukan kpd pihak atasan, tetapi tidak boleh menjanjikan apa2 krn janji kerajaan (setakat ini) hanya untuk gstt 2010

    HANTARAN: Mungkin akhir bln 8-bln 9

    BalasPadam
  5. Salam wani.. biler taklimat dengan KSU KPM..?
    boleh join jugak ke

    BalasPadam
  6. nak tanyer maklumat nie masih boleh di hantar atau dah tutup yer?

    BalasPadam
  7. salam kak wani..sya menyatakan kepada en meor dan en meor menyatakan agar saya cuba buat rayuan..

    BalasPadam
  8. boleh bg maybank tak..senang sy nak transfer kut maybank2u..nak wat rayuan tuk cfc masih sempt lg ker..? tgk brita yg cfc yg aKn ditawarkan kursus..rs sdh sb sy ada syarat tp xdpnggil tuk cfc...yg dpt kursus akhir thn ni skit je sah2 yg cfc je yg diambil...hbs yg lain mcmn huhu :( hrp PGM boleh wat sesuatu...mcm teraniaya je huuhu xpun bg yg dh lewat 30an yg dpt dulu ke...umur xleh di undur huhu

    BalasPadam
  9. sy sdg berkhidmat sbg gstt hampir 3thn (2009-2011)
    adakah sy perlu memohon utk bertukar kpd lantikan sbg gstt cfs?sy keliru..

    BalasPadam
  10. salam...sy x gstt yg telah berkhidmat pada mac 2009 hingga oktober 2010..tp sy x dpt tawaran cfs tu...umur sy 25...adakah sy tidak memenuhi syarat? sy nak join PGM...terus isi form dan bank in duit ka? t.kasih...salam ukhwah

    BalasPadam
  11. Salam Wani,

    1. Bgm dgn gstt thn 2009 & 2010, ttp tdk disambung kontrak pd 2011.

    2. if gstt ni dah berkhidmat pd thn 2008,2009, 2010, ditawarkan sambung kontrak pada 2011, kemudian menolak atau meletak jawatan sebab brsalin @ bekerja lain ? bagaimana ? laykkah dapat serapan ini ? Harap dapat membantu.
    Berminat sgt nak jd guru tetap.

    3. boleh bg email Wani. Nak PM bberapa probs personal. malu lak open kat sini.

    TQ.

    BalasPadam
  12. gstt m'harap:
    Terima kasih atas perhatian.
    1) rjuk entry/post di atas
    2) kena rujuk jpn /kpm
    3) boleh gunakan email setiausaha PGM,InsyaAllah akan diforwardkan kpd saya

    BalasPadam
  13. nur:
    w'salam.
    1)Syarat lantikan semula gstt cfs (julai) ada dalam entry di atas.namun bukan semua gstt yg layak telah dilantik pd Julai. kpm sedang membuat semakan ke atas maklumat baki gstt yang belum dilantik. harap bersabar.

    2)cara menjadi ahli pgm...btl spt anda nyatakan dan perlu scan slip deposit yuran dan email kpd bendahari PGM. Maklumat lanjut ttg pendaftaran keahlian pgm ada dlm entry bln 5 (pendaftaran keahlian pgm kini dibuka secara on-line)

    terima kasih

    BalasPadam
  14. rosnah:
    tak perlu memohon. boleh rujuk entry dan ulasan2 di atas

    BalasPadam
  15. me_myself:
    harap maaf. hanya ada satu akaun persatuan sahaja. untuk persoalan anda yang lain- boleh rujuk entry dan ulasan2 di atas. InsyaAllah sama2 kita usahakan

    BalasPadam
  16. wiwita:
    saya dah follow-up dato' nadim (peg. khas Tan Sri Muhyiddin). Kata beliau, sedang usahakan tarikh yang sesuai dgn KSU

    BalasPadam
  17. sedih nyer rasa....sy dh berkhidmat 2 thn tp tak dpt cfs...membe sy ada jugak same thn berkhidmat tp mereka bernasib baik dpt menyambungan cfs....
    saya harap sgt pgm boleh menolong kami2 yg nasib tidak berapa baik ini....nasib la ader kebun getah leh tambah pendapatan sy nie...
    "JASA BAIK PGM AKAN KAMI KENANG SAMPAI BILA2"

    BalasPadam
  18. WANI,

    1.saya dah isi borang online keahlian PGM, dan telah transfer duit ke akaun PGM.
    Resit telah discan dan diemailkan.
    Ttp blm dapat pengesahan keahlian. Masih menunggu.

    2. Saya telah tersenarai dalam nama yg dipanggil oleh JPN Johor utk tawaran CFS. Bilakah panggilan CFS utk negeri Johor ? Ada info ? Taklimat dibuat pd 4 Ogos 2011 yg lalu. Dan seramai 71 org gstt & bekas gstt dipanggil.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  19. wani,

    salam..hari tu saya dapat msg dari jpn suro kemaskini profile permohonan gstt online tu...

    tu untuk ape yer?? bole bg info sikit x?
    tu berita baik ker???

    BalasPadam
  20. salam...
    wani,
    sy telah mengisi borang ahli dan bank in rm10..sy juga dh emel bank slip...skrg sy tgu pengesahan dr PGM....tp sy dah emelkan butiran di atas kpd s/u PGM...xpakan wani...
    ok thanks atas usaha PGM dlm membantu gstt....
    moga usaha kalian diberkati Allah...

    BalasPadam
  21. Pengesahan pendaftaran keahlian PGM secara on-line:-
    Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap PGM. Kami memerlukan 7 hari bekerja dari tarikh menerima email scan slip deposit yuran keahlian kerana perlu up-date buku bank (akaun mana-mana persatuan tidak dibenarkan membuat 'transaction' secara on-line--peraturan). Jika selepas tempoh itu anda masih belum menerima pengesahan keahlian, sila telefon Bendahari PGM untuk tindakan lanjut. Nombor tel Bendahari ada dalam bahagian Kedudukan Organisasi

    BalasPadam
  22. SALAM K.WANI..
    sy ex gstt 2009/2010..masih lum dpt pape twran gstt or cfs..bila drujuk pd jpn..katanya nama sy tidak tersenarai dlm 13ribu lebih gstt tu,alangkah terkejut dan kecewanya sy dgr dia ckp camtu..sedangkan sy ada suma bukti surat lantikan..sy tak mahu slahkan mana2 pihak tp jauh d susut hati sy sgt terkilan dan sedih..hrp dpt bantu saya..thanks k.wani..

    BalasPadam
  23. w'salam.
    zaini, jk tlh menjadi ahli PGM,emailkan maklumat spt yg diminta dlm entry/post di atas kpd su pgm. Nayatakan sekali nama pegawai, di ppd/jpn mana, tarikh/masa serta jawapan yang diberikan oleh pegawai yang anda hubungi. InsyaAllah kami akan usahakan, namun kuasa mutlak di tangan Allah, jgn putus berdoa dan berharap kepada-Nya

    BalasPadam
  24. kami masih menunggu jwapan dgn sabar...jika perlu kami akan sma2 turut serta dalam perbincangan dgn KSU... :)

    BalasPadam
  25. salam..tumpng tnya skit....gaji gstt cfs gaji hari ka?

    BalasPadam