KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Khamis, 18 Ogos 2011

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MENGENAI PELANTIKAN SEMULA GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)

by Official : Kementerian Pelajaran Malaysia on Wednesday, August 10, 2011 at 11:03am
1.      Kerajaan amat prihatin dengan segala keluh-kesah dan permasalahan Guru Sandaran Tidak Terlatih baik yang sering dibangkitkan di dada-dada akhbar dan media elektronik mahu pun di setiap pertemuan bersama-sama guru-guru tersebut.

2.      Lantaran dari itu, pada 3 Mac 2011, selepas merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan di Dewan Kampung Simpang Entilibon, Sabah saya telah mengumumkan bahawa seramai 13,184 orang GSTT tahun 2010 akan dilantik semula pada tahun 2011.

3.      Malahan, semasa ucapan penggulungan di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011, saya juga memaklumkan bahawa GSTT yang pernah berkhidmat pada tahun 2010 diberi pertimbangan untuk terus berkhidmat dan diserap ke jawatan tetap mengikut syarat iaitu umur tidak melebihi 35 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun termasuk tahun 2010.

4.      Berikutan dari itu, sehingga Mei 2011, seramai 5,926 GSTT telah dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan (1,143 orang sedang mengikuti latihan iaitu kemasukan secara permohonan biasa). Dengan itu, terdapat 7,258 orang GSTT yang belum dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan.

5.      Bagi menyelesaikan masalah GSTT yang belum di lantik semula ini, satu perjumpaan khas telah di adakan di antara Ketua Setiausaha Negara,  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kewangan pada 30 Jun 2011. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan pada 1 Julai 2011 berkaitan perlantikan semula secara contract for service mulai Julai 2011 bagi GSTT yang layak. Perlantikan secara contract of service ini akan berjalan sehingga mereka ditawarkan latihan perguruan sama ada di IPG atau IPTA.

6       Daripada 7,258 orang GSTT yang belum dilantik semula, seramai 3,793 orang layak dilantik. Seramai 972 orang daripada kumpulan ini akan mengikuti latihan perguruan 18 bulan di IPTA mulai Disember 2011 dan 2,821 orang akan mengikuti latihan perguruan di IPG ambilan Januari 2012. Bagi yang mengikuti kursus di IPG, mereka yang mempunyai ijazah akan mengikuti latihan 18 bulan dan yang tidak berijazah akan mengikuti latihan 66 bulan iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

7.      Bagi baki kumpulan ini yang berjumlah seramai 3,465 orang, kedudukan mereka akan ditentukan kelak selepas disahkan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. Daripada jumlah ini mungkin ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas selesai semakan semula ke atas maklumat mereka.

8.      Bagi yang dikenalpasti tidak layak dilantik semula, semakan keatas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos 2011.

9.      Bagi mereka yang dilantik semula, penempatan tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau opsyen asal. Penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong perlaksanaan dasar khususnya dasar baru Kementerian seperti MBMMBI, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).


Pejabat Menteri Pelajaran
Putrajaya
26 Julai 2011




6 ulasan:

  1. SAYA ADALAH SALAH SEORANG YANG TIDAK LAYAK DILANTIK...SAYA BARU MENGAJAR 1 OGOS YG LALU...SAYA DALAM KALANGAN 3465.....SAYA CUMA NAK TANYA..KALO SAYA XLAYAK DARI AWAL, KENAPA SAYA DILANTIK....ADALAH MUDAH JIKA SAYA TIDAK DILANTIK SEMULA DAN TERANGKAN SEMUANYA SUPAYA KAMI X MENGHARAP KERANA DARI BERITA YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN, SEMUA, SEMUA GSTT LAYAK DDILANTIK SEMULA.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Saya telah menghantar butiran saya kepada wani. Memandangkan kes saya ini special, saya amat berharap agar status saya di KPM dapat disahkan. Utk makluman, saya tlh berumur 36thn pd thn ini, tetapi syarat utk diserap menyatakan umur tidak melebihi 35 pd 31 Dis 2010, dan pd waktu itu saya mmg masih berumur 35 thn. Saya telah berkhidmat sbg gstt pd 2008, 2009, dan 2010. Di harap wani dan kawan2 dapat ketengahkan isu umur ini. Saya dahului dgn jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik kalian smua...

    BalasPadam
  3. biru firus:
    soalan tu sepetutnya anda ajukan kepada KPM (bahagian unit korporat)

    Aida: Anda sebenarnya memenuhi syarat untuk lantikan semula gstt cfs termasuk umur x lebih 35 pd 31 Dis 2010, namun belum tersenarai. InsyaAllah akan ada rezeki nanti. Walaubagaimanapn, insyaAllah kami akan kemukakan persoalan anda semasa taklimat nanti

    BalasPadam
  4. Wani...kami gstt cos ni pun xtau camne status kami..group ni pn ditubuhkan untuk mmperjuangkan nasib gstt n bks gstt..so isnin ni bole tlg tnye x..nasib gstt cos yg da smbung dr awl taun...sy n gstt cos lain masih tertanye2 adakah kami termasuk dlm golongan penyerapan..sbb dlm akhbar byk ckp psl cfs je..so kami cos yg mmg ckup syarat ni cmne plk..kami pun ade hak untuk diperjuangkan..thanks yer..

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, akak kami kemukakan

    BalasPadam
  6. salam..bleh sy tau sapa yg layak dilantik atau tidak layak...sy dpt smbung gstt CFS pada 24 julai yg lalu..adakah nama sy sudah tersenarai antara yg layak...

    BalasPadam