KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Isnin, 8 Ogos 2011

TERIMA KASIH KPM KERANA MENDENGAR RINTIHAN GSTT


Pihak persatuan amat berterima kasih atas keprihatinan Tan Sri selaku Menteri Pelajaran Malaysia yang menunaikan janji akan mengambil tindakan segera bagi merungkai kekusutan yang dihadapi GSTT ini. Terima kasih juga kepada Pegawai Khas TPM Dato' Nadim Bin Awang yang membawa memorandum kami ke peringkat atasan untuk tindakan. Sekarang ini, pihak persatuan masih lagi menunggu tarikh untuk taklimat KSU KPM dengan wakil GSTT setiap negeri. Kami akan sentiasa 'follow up' dari semasa ke semasa dengan pihak berkenaan. Buat masa ini, jawapan dari pihak KSU berkenaan penetapan tarikh tersebut masih belum diperolehi kerana tiada waktu yang sesuai lagi. Harap maklum. Berikut adalah petikan perkembangan dari memorandum yang dihantar dan pihak persatuan hanya menunggu tarikhnya saja lagi.

 


PERKEMBANGAN PENYERAHAN MEMORANDUM

Pada hari Ahad lepas (10/07/2011), Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Nadim Bin Awang telah menghubungi wakil Persatuan GSTT Malaysia (PGM) bagi memaklumkan taklimat yang dirancang antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan wakil GSTT setiap negeri ditunda ke minggu depan. Tarikh sebenar taklimat tersebut akan dimaklumkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman di media pada minggu ini. Jadi sama-samalah kita nantikan pengumuman dan berita gembira dari Menteri Pelajaran kita. Pada masa yang sama, wakil-wakil GSTT setiap negeri diminta bersedia untuk menghadiri taklimat dengan KSU KPM minggu depan. Segala persoalan tentang status GSTT yang selama ini membelenggu fikiran kita bolehlah dikemukakan dalam taklimat tersebut. Ahli PGM yang ingin mengemukakan persoalan kepada KSU bolehlah emailkan kepada SU PGM:  rafiqah_ina@yahoo.com.my


Selain itu, PGM juga menyeru GSTT/ bekas GSTT yang belum menjadi ahli PGM secara sah cepat-cepat mendaftar bagi mengukuhkan kedudukan dan penyatuan kita serta memastikan tuntutan dan suara kita didengar di peringkat atasan. Selain itu, seperti persatuan-persatuan lain juga, PGM hanya memberi keutamaan untuk memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.


Berkenaan dengan borang KPLI/KPLSPM yang diisi oleh GSTT/bekas GSTT secara on-line minggu lepas, PGM ada menerima rungutan bahawa terdapat GSTT yang tidak diberi peluang tersebut atas pelbagai alasan. Anda tidak perlu risau kerana perkara tersebut akan kami bangkitkan semasa taklimat dengan KSU minggu depan. Lagipun, mungkin KPLI/KPLSPM bukan satu-satunya mekanisme yang akan digunakan KPM untuk menyerap GSTT ke jawatan tetap. Segalanya akan terjawab dalam taklimat dengan KSU minggu depan.


UM 03/08/2011 - Lagi 3,793 guru sandaran dilantik semula

14 ulasan:

  1. salam..
    saya dah ada hantar borang permohonan ahli PGM serta telah membuat bayaran pada minggu lepas tapi masih belum mendapat sebarang balasan .Harap Maklum
    gar_field79@yahoo.com

    BalasPadam
  2. salam wani, saya ruzlan memohon agar pihak persatuan dapat melakukan sesuatu agar lebih ramai bekasa gstt yang mempunyai pengalaman setahun dan melebihi setahun turut diserapkan menjadi guru tetap. mohon pihak persatuan berunding dan memperjuangkan isu ini dan harap syarat yang dikenakan oleh kementerian yang gstt yang akan diserap mesti mempunyai pengalaman mengajar dua tahun berturut di kurangkan kepada setaun dan setahun setengah. harap pgm dapat dengar rintihan ahli yang tidak mempunyai pengalaman dua tahun dan membawa isu ini keperingkat kpm dengan segera.

    BalasPadam
  3. semoga kami mndapat peluang dan rezeki di bulan ramdhan ini..amin.

    BalasPadam
  4. salam..

    tahniah atas usaha anda semua menerbitkan persatuan gstt ini, akak salute sangat2....
    semoga usaha kita ini dipermudahkan oleh Allah swt.

    BalasPadam
  5. berminat ingin pergi taklimat.. anything..email me ikan_nemo@yahoo.com

    BalasPadam
  6. Salam..

    Sy adalah gstt under jpwp taun leps (2010)...

    Jadi bagaimana naseb utk gstt yg ade penglmn setaun shj?

    Adakah kami akan diberi peluang utk diserap?

    Sy ade dpt sms utk dftar gstt online (jpwp buka hari jumaat n isnin)..sy pergi ari jumaat tp peg. di sn btlkn borg sy kerana kurg 2 taun.

    2-3 weeks kemudian sy call, sj2 nty psl contract 4 service. Then, kerani kate..pd hari isni berikutnye, sape2 gstt bole buat p'dftrn..

    sy cl moe utk msukkn nm sy dlm sistem..tp sy xtau ape kesudhnnya..means ade hrpn ke utk kami gsst setaun shj bkl diserap/contract 4 service ke?

    mintak bincg dgn KSU..

    TQ..

    BalasPadam
  7. Pengesahan pendaftaran keahlian PGM secara on-line:-
    Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap PGM. Kami memerlukan 7 hari bekerja dari tarikh menerima email scan slip deposit yuran keahlian kerana perlu up-date buku bank (akaun mana-mana persatuan tidak dibenarkan membuat 'transaction' secara on-line--peraturan). Jika selepas tempoh itu anda masih belum menerima pengesahan keahlian, sila telefon Bendahari PGM untuk tindakan lanjut. Nombor tel Bendahari ada dalam bahagian Kedudukan Organisasi

    BalasPadam
  8. Bagi GSTT 2010 yang tempoh perkhidmatannya tidak sampai 2 tahun, insyaAllah anda juga akan diberi perhatian oleh pihak berkenaan. Berikut saya 'copy-pase' petikan kenyataan Menteri Pelajaran (TSMY) daripada laporan akhbar di atas:

    "Bagi yang dikenal pasti tidak layak untuk dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos ini,'' kata beliau.

    BalasPadam
  9. insyaallah kami akan menunggu dgn sabar amin...

    BalasPadam
  10. WANI,

    ttg KPLI GSTT tu, adakah ia mempunyai mtest atau terus semua dipanggil temuduga ?
    Berapa org pengambilan calon ? Adakah semua calon KPLI GSTT ni akan menjadi guru sekolah rendah , atau juga ada menjadi guru sekolah menengah ? Yg 972 org utk KDC bln 12 ini...telah dikenalpasti ker siapa yg dapat ?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  11. ASSALMMUALAIKUM SEMUA..

    Saya ingin minta pendapat miss,saya gstt tahun 2009-2010 dan telah ditamatkan pada dec 2010.Pada 15/8/2011 saya telah ditawarkan untuk mengajar kembali dengan ikatan perrjanjian CONTRACT FOR SERVICE selama 6 bln,saya ingin bertanya kpd miss..

    1.adakah saya patut menerima tawaran tersebut.
    2.jika menerima adakah akan mempengaruhi status gstt yg sebelum ini iaitu berharap untuk penyerapan kejawatan tetap.

    harap pihak rakan2 PGM memberi info terbaik untuk rujukan rakan2 saya,difahamkan tawaran ini dibuat di seluruh johor,adakah ianya diseluruh malaysia juga..adakah miss ditawarkan kontrak juga..

    boleh x miss utarakan perkara ini di ulasan PGM kerana saya tidak dapat melepasi untuk ulasan,kerana tiada akaun dalam BLOGGER...

    #sya diminta bantuan oleh MUHAMMAD RAIS SALMAN
    metadevoche@gmail.com

    harap admin menjawab soalan en ini...sekian

    BalasPadam
  12. Salam kak wani...sy gstt dari daerah baling/sik kedah. Sudah berkhidmat 3 tahun (2008,2009,2010) n ditamatkan kontrak pd oktober 2010...smpai sekrang sy tak dipanggil untuk berkhidmat...sy mewakili kawan2 saya yg ramai di daerah baling sik rata2 berkhidmat 3 tahun tetapi tidak dipanggil.Apakah maksudnya ini? Sebaliknya berlaku gstt 1-2 tahun untuk cfs...harap maklum.

    BalasPadam
  13. M. Rais,

    Jawapan utk soalan2 anda:
    1) kena buat keputusan sendiri
    2) akan diketahui dalam taklimat degn kpm pada hari isnin 22/08/2011 ni
    3) Akaun blogger tu utk admin shj. kalau nk bg ulasan boleh sign in terus n ikut je arahan (boleh blajar dgn miss)

    BalasPadam
  14. kimi,
    jd ahli pgm n hantar maklumat spt yg diminta dlm post sebelum ini berkenaan gstt yg layak utk cfs tp blm dilantik. Tarikh ttp hari ni sbb awal pg esok s/u akan print utk dikemukakan ke kpm semasa taklimat 22/8 ni

    BalasPadam