KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Khamis, 18 Ogos 2011

PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua ahli PGM. Taklimat Proses Penyerapan GSTT oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan berlangsung pada hari Isnin (22 Ogos 2011). Pada kesempatan yang sama, PGM akan mengemukakan sebarang permasalahan ahli PGM berkaitan lantikan  semula gstt / proses penyerapan (yang relevan). Jadi, anda boleh mengemukakan permasalahan anda berkaitan perkara di atas termasuklah :
a) Ahli PGM yang mencukupi syarat untuk lantikan semula gstt cfs tetapi masih belum dilantik, boleh menghantar butiran seperti yang diminta kepada SU PGM seperti dalam 'post' sebelum ini selewat-lewatnya pada hari Sabtu (20/08/2011)
b) Anda yang berminat boleh menghubungi talian 010-9001003 untuk dipertimbangkan penyertaan anda dalam taklimat tersebut (selewat-lewatnya 20/08/2011)

25 ulasan:

  1. salam....
    wani, sy nak tau status sy....adakah nama sy dah tersenarai sbg ahli PGM? sehingga hari ini sy belum mdapat emel pengesahan keahlian...sy telah emelkan slip pbayaran pada 4.8.2011...harap wani dapat menyemak status sy...
    t.kasih

    BalasPadam
  2. Salam wani,alhamdulillah PGM telah mengesahkan pendaftaran keahlian saya dan ini membolehkan saya menghantar detail saya bagi post tidak dilantik sebagai GSTT cfs..segala usaha yang dibuat saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan saya doakan agar semua GSTT yang layak dapat diserap.Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  3. nur: sila telefon bendahari untuk kepastian dan pastikan email slip deposit anda turut menyertakan nama penuh seperti dalam borang pendaftara keahlian. tk

    BalasPadam
  4. salam....
    ok sy akan hubungi bendahari..adakah sy kena tunggu pengesahan keahlian baru boleh hantar maklumat bg gstt yg tidak dilantik ttp mencukupi syarat? sbb esok dah 20/08/2011....risaunya sy takut tercicir lagi...harap wani dpt membantu...
    t.kasih

    BalasPadam
  5. mcm mana nak sertai meeting pgm nie?

    BalasPadam
  6. SOALAN

    1. APAKAH STATUS GSTT YANG TELAH BERKHIDMAT 2 atau 3 TAHUN KE ATAS? ADAKAH MEREKA AKAN TERUS DISERAP (tanpa menghadiri sebarang ujian) ? DAN BILA MEREKA AKAN DISERAP?


    Mohon ahli PGM mengambil serius dengan soalan ini,saya percaya ramai yang ingin tahu jawapannya..

    AHLI PGM
    NORADAWIYAH
    GSTT PAHANG D.M
    2008 - sekarang (2011)

    BalasPadam
  7. Wani...

    Isteri saya Aishah Mohd Aris, telah dilantik semula sebagai GSTT CFS dan mula bertugas pada 29/7/2011, tetapi saya masih keliru samada dia layak atau tidak untuk mengikuti latihan perguruan seperti yang diwar-warkan di dalam akhbar.

    Untuk makluman dia telah berkhidmat selama 3 tahun lebih (2008, 2009, 2010 dan 2011). Pihak JPWP KUALA LUMPUR juga tidak memberikan sebarang pengesahan tentang perkara tersebut.

    Bagaimana saya ingin medapatkan maklumat berkaitan pengesahan dia samada dipilih mengikuti latihan perguruan.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  8. nur: x perlu tunggu. Proses pengesahan tu mungkin sedikit memakan masa buat masa sekarang kerana kebelakangan ini sangat ramai yang membuat permohonan keahlian PGM secara on-line. PGM akan terus membuat semakan keahlian berdasarkan borang permohonan keahlian dan email slip deposit tanpa menunggu pengesahan "bagi tujuan maklumat gstt yang tidak dilantik tetapi mencukupi syarat"

    BalasPadam
  9. ralph: lepas taklimat hari Isnin ni kita akan tau

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Rezeki:
    Saya dah terbitkan dalam blog PGM- post di atas
    Senarai peserta taklimat saya dah faks ke Pejabat Manteri Pelajaran atas arahan kementerian

    BalasPadam
  12. salam...
    t.kasih wani...jadi hari ini sy akan hantar sekali lagi emel bank slip dan isi borang keahlian semula...jadi sy x perlu menunggu emel pengesahan kan...t.kasih banyak2 krn sudi membantu...hanya Allah yg dpt membalas jasa anda...

    BalasPadam
  13. salam Cik Wani..sy SUDIRMAN BIN USMAN telah berkhidmat sbg GSTT selama 3 tahun berturut-turut(2009,2010 dan 2011)di daerah Klang, selangor..masalahnya sy tak dapat tawaran mengikuti kursus perguruan pada hujung tahun nie...sy mohon jasa baik Cik Wani untuk menyokong dan mencadangkan nama sy dalam taklimat penyerapan GSTT..untuk pengetahuan Cik Wani sy baru mendaftar sebagai ahli PGM pd minggu nie....pembayaran yuran ahli x sempat sy
    uruskan..insyaAllah sy buat bayaran pd mingu depan..kerjasama dan jasa baik pihak PGM sy dahului ucapkan ribuan terima kasih.

    BalasPadam
  14. salam...saya telah menghantar mklumat mengenai gstt yg xdilntik smula tp layak kpd S/U PGM ttpi smpi skrg tiada mklum balas...adakah mklumat tersebut akan dibawa kpd tklimat itu nti

    BalasPadam
  15. salam..wani..spt mslh sya dilantik gstt pada 2008 n 2010..adakah layak dilantik smula dan msih diberi peluang diserap?saya telah mnjd ahli pgm n telah antar mklumat spt yg diwar2kan oleh wani di dlm blog ini pada S/U PGM melalui emelnya..adakah ia akan dihantar kpd KPM smasa mklumat itu nti kerana smpi skrg tiada mklum balas dri S/U PGM mengenai mklumat tersbut..Terima Kasih...Saya doakan semoga perjuangan PGM akan mendpt perhatian oleh pihak Kpm....

    BalasPadam
  16. salam...
    alhamdulillah sy telah dpt pengesahan keahlian hari ini slps mhantar semula emel slip desposit..t.kasih wani dan jawatankuasa PGM..

    BalasPadam
  17. GSTT di Johor pun tertanya-tanya :

    1. Ada gstt yg berkhidmat lbh 2thn, thn 2011 dilantik lagi menjadi gstt bermula Jan 2011 (kontrak tidak terputus dr 2010)...mereka ini langsung tidak diberi pilihan utk tukar status ke gstt cfs. Adakah mereka ini yg layak mendapat KDC dan KPLI ?

    2. Ada juga gstt sekolah rendah yg kekal gstt, walaupun masuk sebagai gstt pada march, april dan mei 2011, sedangkan ada sebahagiannya ditamatkan kontrak dan ditukar terus kepada gstt cfs. Kenapa berlaku perbezaan ini ?

    3. Adakah gstt-cfs yg ditempatkan di sekolah yg cukup guru, tidak boleh dipindahkan ke sekolah kurang guru ? Ini kerana ramai gstt cfs yg ditempatkan di sekolah cukup guru terpaksa buat kerja2 pejabat dan tidak iberi jadual mengajar. Syanglah kemahiran mengajar yg ada disia-siakan begitu. Sedangkan ada sekolah dlm daerah yg sama..kekurangan guru. jadi, bukankah lebih bagus gerakkan gstt cfs ke sekolah krg guru td..spy mereka boleh mengajar.

    Sekian, harap Wani ambik perhatian 3 soalan dr sy..gstt cfs dr Johor.

    BalasPadam
  18. harap GSTT yang kurang dari 2 tahun berkhidmat dilantik semula.....

    BalasPadam
  19. HARAP MAKLUM,
    email anda kepada SU PGM berkenaan maklumat "gstt yang mencukupi syarat lantikan semula cfs tapi masih belum dilantik" memang tidak akan dibalas oleh pihak PGM. Jika anda tidak menerima sebarang email yang memaklumkan email anda tidak berjaya dihantar, ini bermakna SU PGM TELAH MENERIMA EMAIL DRP ANDA

    BalasPadam
  20. TO-WANI
    TQ FOR INFO..JADI SU PGM TELAH TERIMA EMAIL KAMI SEMUA..TQVM

    BalasPadam
  21. salam wani, saya ENIEZA BT AZMANI 830120065574 GSTT KUANTAN, PAHANG... Sebelum nie sya bnyk kali regist ahli PGM tapi tidak berjaya dan tidak dpt any feedback dlm email sya, n today baru sya tgk this post, so how? sya baru regist n sudah berjaya sbg ahli PGM, nanti sya akan bayr n emailkan slip pembayaran kepada sagaputri@ymail.com...so adakah name sya akan diutarakan pada KPT ari nie?

    BalasPadam
  22. as salam akak wani. tahniah atas kejayaan delegasi PGM ke KPM ari ni. alhamdulillah bg mereka yg layak. em sy x tahu smada sy layak atau tidak. sy gstt dari july 2008-dis 2009. sampai skrg tidak di panggil.

    BalasPadam
  23. slm,
    mcm mana mahu semak nama, yg kena lantik CFS dan layak tuk latihan?

    BalasPadam
  24. W'salam. lantikan gstt cfs tlh dilaksanakan bln julai. kalau terpilih x perlu buat apa2 semakan. jika cukup syarat tp tidak terpilih, boleh semak n buat rayuan. lihat ulasan dan post/entry dalam "taklimat gstt oleh kpm"

    BalasPadam
  25. salam...saya afidah . gstt pend khas dari 2009 hingga kini... kenapa gstt pend khas x termasuk dalam program ni? apa pula nasib yg akan menimpa kami selepas tamat kontrak nanti?

    BalasPadam