
Untuk GSTT di negeri-negeri lain, kami tetap tidak melupakan anda. Seperti perancangan kita, pihak PGM akan menghantar memorandum ke KPM pada masa cuti persekolahan ini. Namun tarikh sebenar bergantung kepada temujanji yang akan kami aturkan. Jadi, anda masih boleh menghantar cadangan anda kepada pihak PGM untuk diutarakan semasa penyerahannya di Putrajaya nanti.No telefon dan email kami ada dalam bahagian kedudukan organisasi di ruangan atas blog. Percayalah, PGM tidak mungkin wujud tanpa kerjasama dan komitmen anda. Perjuangan kami untuk kita semua, bukan untuk kepentingan peribadi. Kami menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak terlebih dahulu kerana Perak satu-satunya negeri yang belum ada pengambilan GSTT dan kerana kesudian pihak Pejabat Menteri Besar Perak untuk turut membantu.
Satu lagi berita gembira yang ingin kami kongsi bersama, Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah mendapat kelulusan rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Hal ini bermakna PGM sekarang telah tersenarai sebagai persatuan peringkat kebangsaan yang sah di sisi undang-undang dan sangat menyenangkan kita untuk menjalankan perancangan dan aktiviti dengan lebih lancar dan berkesan. Sehubungan itu, InsyaAllah kami akan membuka keahlian secara on-line pada minggu depan iaitu setelah urusan dengan bank selesai.
tahniah! usaha yg sgt murni..
BalasPadamSy ttp menyokong!
Terima kasih semua. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa baik anda semua.
BalasPadamSaya tumpang gembira ekoran usaha gigih pimpinan PGM yang tidak kenal jemu dan tegasnya kami meluahkan keluhan kita semua,diharap dapat selesai permasalahan gstt perak khususnya dan seluruh negara umumnya sepertimana menuntut janji YAB TPM ......semoga kita semua beroleh Kejayaan!!!!amin Ya Rabb
BalasPadam