KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Khamis, 19 Mei 2011

PENYERAHAN MEMORANDUM KE PEJABAT MENTERI BESAR PERAK

Alhamdulillah, pada 19 Mei 2011 lalu Persatuan GSTT Malaysia (PGM) yang diwakili AJK penaja persatuan telah berjaya menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak. Y.A.B Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir telah diwakili oleh Setiausaha Politiknya. Memorandum tersebut menuntut campurtangan segera Y.A.B Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dalam isu GSTT Perak yang belum dilantik semula. Kami sangat berterima kasih kepada wakil Y.A.B Datuk Zambry Bin Abdul Kadir atas kesudian beliau menerima kunjungan wakil PGM. Latar belakang beliau sebagai bekas guru dan pendidik membuatkan beliau sangat memahami permasalahan dan cadangan yang diutarakan berkenaan isu GSTT. Justeru beliau telah menelefon Setiausaha Sulit Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin di depan kami pada masa itu juga bagi mendapatkan kepastian. Menurut maklumat yang kami terima, GSTT akan dipanggil secara berperingkat mengikut keperluan. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan mengajukan perkara tersebut kepada Y.A.B Datuk Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir dan seboleh-bolehnya akan berusaha membantu kita.

Untuk GSTT di negeri-negeri lain, kami tetap tidak melupakan anda. Seperti perancangan kita, pihak PGM akan menghantar memorandum ke KPM pada masa cuti persekolahan ini. Namun tarikh sebenar bergantung kepada temujanji yang akan kami aturkan. Jadi, anda masih boleh menghantar cadangan anda kepada pihak PGM untuk diutarakan semasa penyerahannya di Putrajaya nanti.No telefon dan email kami ada dalam bahagian kedudukan organisasi di ruangan atas blog. Percayalah, PGM tidak mungkin wujud tanpa kerjasama dan komitmen anda. Perjuangan kami untuk kita semua, bukan untuk kepentingan peribadi. Kami menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak terlebih dahulu kerana Perak satu-satunya negeri yang belum ada pengambilan GSTT dan kerana kesudian pihak Pejabat Menteri Besar Perak untuk turut membantu.

Satu lagi berita gembira yang ingin kami kongsi bersama, Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah mendapat kelulusan rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Hal ini bermakna PGM sekarang telah tersenarai sebagai persatuan peringkat kebangsaan yang sah di sisi undang-undang dan sangat menyenangkan kita untuk menjalankan perancangan dan aktiviti dengan lebih lancar dan berkesan. Sehubungan itu, InsyaAllah kami akan membuka keahlian secara on-line pada minggu depan iaitu setelah urusan dengan bank selesai.

3 ulasan:

  1. tahniah! usaha yg sgt murni..
    Sy ttp menyokong!

    BalasPadam
  2. Terima kasih semua. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa baik anda semua.

    BalasPadam
  3. Saya tumpang gembira ekoran usaha gigih pimpinan PGM yang tidak kenal jemu dan tegasnya kami meluahkan keluhan kita semua,diharap dapat selesai permasalahan gstt perak khususnya dan seluruh negara umumnya sepertimana menuntut janji YAB TPM ......semoga kita semua beroleh Kejayaan!!!!amin Ya Rabb

    BalasPadam