KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Rabu, 7 September 2011

SEKADAR RENUNGAN

Kepada Ahli PGM,
Sebenarnya PGM telah membuka ruang dan peluang kepada ahli yang rasa tak puas hati dengan syarat lantikan semula gstt cfs dan syarat latihan kepada GSTT untuk menyuarakannya dengan cara yang betul tetapi tidak diendahkan oleh ahli. Misalnya melalui entry bulan Ogos seperti berikut:


Khamis, 18 Ogos 2011


PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua ahli PGM. Taklimat Proses Penyerapan GSTT oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan berlangsung pada hari Isnin (22 Ogos 2011). Pada kesempatan yang sama, "PGM akan mengemukakan sebarang permasalahan ahli PGM berkaitan lantikan  semula gstt / proses penyerapan (yang relevan). Jadi, anda boleh mengemukakan permasalahan anda berkaitan perkara di atas termasuklah" :
a) Ahli PGM yang mencukupi syarat untuk lantikan semula gstt cfs tetapi masih belum dilantik, boleh menghantar butiran seperti yang diminta kepada SU PGM seperti dalam 'post' sebelum ini selewat-lewatnya pada hari Sabtu (20/08/2011)
b) Anda yang berminat boleh menghubungi talian 010-9001003 untuk dipertimbangkan penyertaan anda dalam taklimat tersebut (selewat-lewatnya 20/08/2011)

dapatan entry:
1) Tidak ramai dari kalangan ahli yang mengemukakan/ emailkan permasalahan mereka secara rasmi kepada SU PGM tetapi lebih suka meluahkannya melalui laman sosial cthnya facebook. Padahal mereka sendiri mengetahui hanya ini blog rasmi PGM dan PGM tidak pernah membuka mana-mana akaun facebook
2) Terdapat juga permasalahan yang dikemukakan kepada PGM bukan daripada "Ahli PGM" walaupun telah diterangkan sebelum ini bahawa "PGM tidak akan melayan sebarang email / aduan drp kalangan bukan ahli." Dengan kata lain, pengadu tidak mendaftar sebagai ahli PGM walaupun pendaftaran ahli secara on-line telah lama dibuka
3) Tidak ada seorangpun daripada kalangan ahli PGM yang menelefon nombor yang diberikan dengan tujuan untuk menyertai taklimat tersebut.  



Kepada Pengunjung Blog PGM Secara Umum,

PGM bukanlah sebuah kesatuan sekerja yang memerlukan pengiktirafan daripada majikan (boleh rujuk laman web Jabatan Perhubungan Perusahaan )

- http://jpp.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=35&Itemid=51&lang=ms

tetapi PGM merupakan sebuah persatuan peringkat kebangsaan yang sah dan berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Kementerian Dalam Negeri. Di bahagian undang-undang tubuh PGM dalam blog ini ada disertakan sijil pendaftaran PGM. Jika masih ragu-ragu, anda boleh membuat Semakan Status Permohonan Pendaftaran Pertubuhan   dengan ROS melalui laman web rasminya menggunakan No PPM: PRK1451/11 dan No PPP: PRK0191/11.

- http://www.ros.gov.my/semakan_permohonan.php

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wani & kawan2..

    Alhamdulillah, dengan adanya PGM, suara insan kerdil spt kita ini didengari oleh KPM.
    Teruskan usaha murni anda.

    BalasPadam
  2. saya baru nak join..tak perasan cz umah tak de internet..umah mak je..but perjuangan hanya didengari apabila kita bersatu

    BalasPadam
  3. Salam Wani....
    Tahniah atas uasaha anda dan rakan2 lain di PGM.
    Besar jasanya PGM ni jika benarlah penyerapan gstt direalisasikan. Terima kasih byk2. Mll PGM, suara gstt seluruh malaysia dpt dipanjangkan ke pejabat menteri pelajaran. Dgn adanya PGM juga kebajikan n nasib gstt terbela. Sy sgt2 menghargainya. Teruskan usaha murni ini.

    BalasPadam