KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Sabtu, 24 Disember 2011

KURSUS PERGURUAN BAGI GSTT AMBILAN DISEMBER 2011



SYARAT LANTIKAN SEMULA GSTT (SEMASA PENGUMUMAN)
  1. GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
  2. Telah berkhidmat selama 2 tahun Termasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT ASAS GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
  1. Umur kurang 35 tahun
  2. Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  3. Berkhidmat sebagai GSTT selama 2 tahun
  4. Pernah berkhidmat sebagai GSTT di SK, SJKC, SJKT, SMK atau SMJK pada tahun 2010
  5. Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”


SYARAT UMUM LANTIKAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 1/2007
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur semasa dilantik
Siswazah                 :               Tidak lebih 35 tahun
Bukan Siswazah    :               Tidak lebih 30 tahun       
  1. Kelayakan akademik yang diiktiraf
  2. Kepujian Bahasa Malaysia SPM/setaraf
  3. Guru agama: Kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM. Mata pelajaran Agama Islam Tinggi/ IV Thanawi

Sebarang pertanyaan dan komen berkenaan syarat kemasukan, boleh hubungi terus Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM


RAYUAN
Tarikh akhir rayuan telah dilanjutkan kepada 29/12/11. Keputusan rayuan dianggarkan sebulan selepas tarikh akhir rayuan.

Ahli PGM yang menghantar dokumen melalui kami telah kami semak dan panjangkan kepada 1) Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran I (Datuk Dr Wee Ka Siong), 2) Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran II (Y.B Dr. Puad Zarkashi) dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Namun kami hanya memproses dokuman yang cukup syarat + lengkap + sampai selewat-lewatnya pada 22/12/11 kepada kami. Jadi anda juga digalakkan turut membuat rayuan terus kepada pihak BPG termasuk bagi mereka yang memenuhi perkara-perkara di atas. Tidak salah berusaha lebih untuk masa depan anda sendiri

* Ahli PGM yang berumur 35 tahun pada 31 Dis 2010 dan menghantar dokumen kepada PGM, turut kami panjangkan semasa rayuan tersebut

12 ulasan:

  1. Terima kasih atas usaha murni ajk persatuan...hanya Allah yg dapat membalas jasa baik kalian .

    BalasPadam
  2. Salam..mcmna pula kalau gsst yg 1 tahun brgelar gstt mnakala 1 tahun lg guru ganti. adakah rayuan tsbt diterima?

    BalasPadam
  3. Adilah, itu saja yang mampu kami usahakan. Usaha sendiripun perlu. Buat juga rayuan personal ke BPG

    BalasPadam
  4. Darul Design,
    kalau ikutkan syarat mmg tak lepas. Apapun, keputusan di tangan KPM, bukan kami yang membuat keputusan. tak salah mencuba.

    BalasPadam
  5. maksudnye..sy mmg layakla if ikut lampiran di atas wpun berkhidmat gstt 1tahun 2bulan..sbb sy ade degree n pernah berkidmat gstt. apepon, sy mmg da dpt..syukurr. tgu esok surat tawaran n penempatan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah,,moga kalian mendapat ganjaran syurga..menggembirakan hamba Allah itu aklhlak ahli syurga..moga kite dpt berjmpe suatu hari nanti;-)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah,,moga kalian mendapat ganjaran syurga..menggembirakan hamba Allah itu aklhlak ahli syurga..moga kite dpt berjmpe suatu hari nanti;-)

    BalasPadam
  8. Salam Wani,

    Ada maklumat tentang ambilan kedua bagi tawaran penyerapan tak? Sebab check nama tiada tawaran kursus dan penempatan.

    BalasPadam
  9. Alhamdullilah, semua berjalan lancar dan dah dapat tawaran kemasukkan ke U. walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga tapi saya redha. saya faham yg kita tak dibenarkan untuk menukar pusat latihan, bagaimanapun saya ingin bertanya lanjut jika ada sebarang peluang untuk membuat pertukaran memandangkan saya mempunyai bayi berusia 5 bulan yang masih BF lagi. saya cuba menghubungi kpm tapi tak berjaya. Harap2 ada pihak yang dpt membantu ahli PGM

    BalasPadam
  10. bagaimana pula nasib GSTT yg berada di pendalaman,info2 semasa memang susah nak cek on9,perkhidmatan spt internet memang sukar..Oleh itu, ramai yg tercicir mendapat kepetusan tawaran baru2 ne yg di keluarkan....

    BalasPadam
  11. berkaitan dengan syarat kelayakan umur, adakah 31 dis 2010 atau 31 Dis 2011. saya lahir pd 1976, kalau ikut tarikh yg diumumkan (31dis2010)saya masih layak. saya minta jasa baik pgm untuk berbuat sesuatu berkenaan kes calon2 yg berumur 35 thn pd 2011..pleaseee

    BalasPadam
  12. masih bolehkah membuat rayuan secara personal? atau sekarang tiada lg rayuan.

    BalasPadam