Dukacita dimaklumkan untuk semua ahli PGM yang sentiasa menjadi nadi penggerak dalam persatuan ini bahawa puan pengerusi kita, PN. ROSLIZAWANI KARTINA dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai PENGERUSI PGM atas beberapa sebab dan antara sebab utamanya adalah untuk memberi ruang dan ketenangan dalam menghadapi proses untuk melahirkan anak yang kedua dalam tempoh yang tidak berapa lama sahaja lagi. Perletakan jawatan ini disaksikan oleh NAIB PENGERUSI PGM, SETIAUSAHA PGM dan seorang AJK PGM pada hari Sabtu, 31.12.2011. Untuk pengetahuan dan makluman semua ahli PGM, jasa dan pengorbanan Puan Pengerusi kita ini amat bernilai dan jauh lagi bernilai dari yuran RM 10 yang mana kita sebagai ahli bayar untuk disahkan menjadi ahli PGM. Di sini, saya akan ceritakan dan perjelaskan mengenai jasa-jasa dan pengorbanan beliau:
1. Mencetuskan idea penubuhan PGM ( Boleh rujuk post pada bulan Mei)
a. Peringkat Awal
- Mengadakan perbincangan dan pembahagian tugas bersama saudari Nor Azlina Alias( sekarang adalah SETIAUSAHA PGM) dan Salina Manap.
- Memohon permit daripada IPD Kampar, Perak untuk mengadakan perhimpunan GSTT dan mesyurat penubuhan PGM
- Merangka Undang-undang Tubuh PGM
- Menyumbangkan kos untuk penyewaan dewan dan PA system dan bersama saudari Azlina juga meyumbangkan kos bagi penyediaan makanan sepanjang mesyuarat itu berlangsung.
- Membuat 2 papan tanda bagi penunjuk arah ke mesyuarat tersebut.
2. Puan pengerusi dan setiausaha bersama bendahari PGM menguruskan pendaftaran PGM dan ROS (rujukpost bulan Mei)
3.Puan Pengerusi dan AJK tertinggi PGM hadir ke pejabat Menteri Besar Perak untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu penyerapan GSTT kepada Dato Ismail Safian (rujuk post bulan MEI)
4. Atas bantuan Dato Ismail Safian ( S/u Sulit Kanan MB Perak), Alhamdulillah kami berjaya menyerahkan memorandum kepada YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN melalui pegawai khasnya, Datuk Nardim b. Awang (rujuk post bulan 7)
5. Puan Pengerusi dan AJK lain bersama-sama wakil-wakil GSTT DARI SETIAP NEGERI hadir ke KPM PUTRAJAYA bagi mendengar taklimat mengenai Program Latihan Perguruan GSTT yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Ketua Pengarah KPM. (rujuk post bulan 8)
6. Baru-baru ini, Puan pengerusi , S/U PGM DAN beberapa wakil PGM yang lain ke KPM untuk menyerahkan surat rayuan dan dokumem berkaitan bagi ahli yang membuat rayuan melalui PGM. (rujuk post bulan 12)
Semasa melakukan proses rayuan tersebut, kandungan puan pengerusi sudah mencapai usia 9 bulan dan semakin hampir untuk tempoh kelahiran, tetapi mengenangkan nasib ahli-ahli PGM YANG TIDAK BERJAYA DITAWARKAN LATIHAN PERGURUAN, puan pengerusi kita tetap gagahkan diri untuk ke KPM PUTRAJAYA. Setelah pulang dari KPM, puan pengerusi memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi pgm bagi memberi ketenangan dan ketenteraman untuk memudahkan proses kelahiran anak keduanya ini. Walaubagaimanapun, beliau masih memberi sokongan dan galakan terhadap persatuan ini kerana baginya persatuan ini memberikan 'sentimental value' dalam hidupnya dan beliau amat berharap ahli-ahli persatuan dapat terus bekerjasama untuk meningkatkan mutu dan produktiviti persatuan.
terima kasih tak terhingga di atas segala jasa pengerusi....
BalasPadamberakhir senario PGM...tinggal kenangan segalanya,camna tu suddent MC letak jawatan plak,susah gak tu ahli nak teruskan,k just kongsi ja...
BalasPadamTerima kasih..hanya Allah swt sj yg dpt membalas jasa...moga dipermudahkan segala urusan...
BalasPadamTerima kasih puan pengerusi..hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa baik puan pengerusi.
BalasPadamsemoga semuanya dipermudahkan Allah sebagaimana beliau memudahkan urusan orang lain. amin..
BalasPadamselamat beristirehat n moga segala proses melahirkan dipermudahkan... jasamu d kenang n budi mu disanjung.... hanya Allah yg mampu membalasnya...Terima kasih puan n semua ajk pgm
BalasPadamterima kasih kak wani.. wpun mgkin tak bersua lg, harap persahabatan yg terjalin tetap utuh smpi bila2. sy hormati keputusan kak wani.
BalasPadamterima kasih atas usaha wani,saya doakan anda sentiasa dirahmatiNya
BalasPadamterima kasih yg tidak terhingga kepada kak wani....segala jasa dan pengorbanan kak wani hana Allah sahaja yg mampu membalas...
BalasPadamterima kasih kepada Pn.Roslizawani kerana kesungguhannya membantu golongan GSTT ni...moga jasanya dibalas dgn pahala yg banyak dari Allah SWT...moga segala urusan kita dipermudahkan
BalasPadam