KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Ahad, 29 Januari 2012

Semakan Kursus Perguruan GSTT ambilan ke 2


Semakan Ambilan Ke-2 Kursus Perguruan GSTT, especially gstt yang dapat pjk dan bahasa kadazan di upsi, yang tidak berjaya dalam semakan jaya ke upsi pada 29012012

http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/

semakan jaya upsi 29012012

Assalamualaikum wbt
 Perhatian kepada gstt yang mendapat penempatan di upsi, sila semak semula penempatan anda di

Sabtu, 7 Januari 2012

GSTT YANG MENGIKUTI KURSUS DPLI DI UPSI

SILA SEMAK TAWARAN KURSUS ANDA DI UPSI SEGERA

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT PGM

Assalamualaikum wbt, untuk makluman kepada ahli-ahli pgm , PGM akan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat serta majlis SAY THANK YOU.. oleh yang demikian PGM mengalu-alukan penyertaan dari ahli PGM. Jadi penyertaan dikenakan sebanyak RM 100  atas setiap seorang tetapi sekiranya tidak dapat menbayar RM 100, AHLI-AHLI PGM dapat membayar setakat mana yang termampu. Bayaran boleh dibayar ke dalam akaun persatuan sama seperti anda semua membayar yuran ahli PGM. tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian. TERIMA KASIH.

Jumaat, 6 Januari 2012

SEMAKAN PENEMPATAN BAGI LATIHAN PERGURUAN UNTUK CALON AMBILAN KEDUA

Makluman untuk semua ahli pgm yang mendapat ambilan kedua dan rayuan untuk penempatan bagi latihan perguruan, sila semak semula bermula pada hari ini:  

Selasa, 3 Januari 2012

PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI PGM

Dukacita dimaklumkan untuk semua ahli PGM yang sentiasa menjadi nadi penggerak dalam persatuan ini bahawa puan pengerusi kita, PN. ROSLIZAWANI KARTINA dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai PENGERUSI PGM atas  beberapa sebab dan antara sebab utamanya adalah untuk memberi ruang dan ketenangan dalam menghadapi proses untuk melahirkan anak yang kedua dalam tempoh yang tidak berapa lama sahaja lagi. Perletakan jawatan ini disaksikan oleh NAIB PENGERUSI PGM, SETIAUSAHA PGM  dan seorang AJK PGM pada hari Sabtu, 31.12.2011. Untuk pengetahuan dan makluman semua ahli PGM, jasa dan pengorbanan Puan Pengerusi kita ini amat bernilai dan jauh lagi bernilai dari yuran RM 10 yang mana kita sebagai ahli bayar untuk disahkan menjadi ahli PGM. Di sini, saya akan ceritakan dan perjelaskan mengenai jasa-jasa dan pengorbanan beliau:

1. Mencetuskan idea penubuhan PGM ( Boleh rujuk post pada bulan Mei)

   a. Peringkat Awal
  • Mengadakan perbincangan dan pembahagian tugas bersama saudari Nor Azlina Alias( sekarang adalah SETIAUSAHA PGM) dan Salina Manap.
  • Memohon permit daripada IPD Kampar, Perak untuk mengadakan perhimpunan GSTT dan mesyurat penubuhan PGM
  • Merangka Undang-undang Tubuh PGM
  • Menyumbangkan kos untuk penyewaan dewan dan PA system dan bersama saudari Azlina juga meyumbangkan kos bagi penyediaan makanan sepanjang mesyuarat itu berlangsung.
  • Membuat 2 papan tanda bagi penunjuk arah ke mesyuarat tersebut.
2. Puan pengerusi dan setiausaha bersama bendahari PGM menguruskan pendaftaran PGM dan ROS (rujukpost bulan Mei)

3.Puan Pengerusi dan AJK tertinggi PGM hadir ke pejabat Menteri Besar Perak untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu penyerapan GSTT kepada Dato Ismail Safian (rujuk post bulan MEI)

4. Atas bantuan Dato Ismail Safian ( S/u Sulit Kanan MB Perak), Alhamdulillah kami berjaya menyerahkan memorandum kepada YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN melalui pegawai khasnya, Datuk Nardim b. Awang (rujuk post bulan 7)

5. Puan Pengerusi dan AJK lain bersama-sama wakil-wakil GSTT DARI SETIAP NEGERI hadir ke KPM PUTRAJAYA bagi mendengar taklimat mengenai Program Latihan Perguruan GSTT yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Ketua Pengarah KPM. (rujuk post bulan 8)

6. Baru-baru ini, Puan pengerusi , S/U PGM  DAN  beberapa wakil PGM yang lain ke KPM untuk menyerahkan surat rayuan dan dokumem berkaitan bagi ahli yang membuat rayuan melalui PGM. (rujuk post bulan 12)

Semasa melakukan proses rayuan tersebut, kandungan puan pengerusi sudah mencapai usia 9 bulan dan semakin hampir untuk tempoh kelahiran, tetapi mengenangkan nasib ahli-ahli PGM YANG TIDAK BERJAYA DITAWARKAN LATIHAN PERGURUAN, puan pengerusi kita tetap gagahkan diri untuk ke KPM PUTRAJAYA. Setelah pulang dari KPM, puan pengerusi memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi pgm bagi memberi ketenangan dan ketenteraman untuk memudahkan proses kelahiran anak keduanya ini. Walaubagaimanapun, beliau masih memberi sokongan dan galakan terhadap  persatuan ini kerana baginya persatuan ini memberikan 'sentimental value' dalam hidupnya dan beliau amat berharap ahli-ahli persatuan dapat terus bekerjasama untuk meningkatkan mutu dan produktiviti persatuan.