KITA HANYA MEMPERJUANGKAN NASIB KITA, HANYA KITA SAHAJA YANG TAHU MASALAH KITA, JADI
BERSATULAH DEMI SATU TUJUAN YANG SAMA


PENGIKUT

Mukadimah

Peranan guru GSTT mungkin dianggap remeh. Cukup hanya sebagai pelengkap di sekolah. Itu adalah pandangan segelintir masyarakat. Mungkin juga ada yang tidak menyedari kewujudan guru GSTT. Walhal sumbangan dan perkhidmatan guru GSTT amat penting dalam kelangsungan pendidikan di Malaysia. Malangnya sampai bilakah nasib guru GSTT akan tidak diendahkan. Apakah tiada ertinya pengorbanan selama ini? Untuk itu, guru GSTT perlu bersama-sama memperjuangkan hak sebagai jaminan kehidupan yang lebih bermakna.

Sabtu, 7 Januari 2012

GSTT YANG MENGIKUTI KURSUS DPLI DI UPSI

SILA SEMAK TAWARAN KURSUS ANDA DI UPSI SEGERA

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT PGM

Assalamualaikum wbt, untuk makluman kepada ahli-ahli pgm , PGM akan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat serta majlis SAY THANK YOU.. oleh yang demikian PGM mengalu-alukan penyertaan dari ahli PGM. Jadi penyertaan dikenakan sebanyak RM 100  atas setiap seorang tetapi sekiranya tidak dapat menbayar RM 100, AHLI-AHLI PGM dapat membayar setakat mana yang termampu. Bayaran boleh dibayar ke dalam akaun persatuan sama seperti anda semua membayar yuran ahli PGM. tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian. TERIMA KASIH.

Jumaat, 6 Januari 2012

SEMAKAN PENEMPATAN BAGI LATIHAN PERGURUAN UNTUK CALON AMBILAN KEDUA

Makluman untuk semua ahli pgm yang mendapat ambilan kedua dan rayuan untuk penempatan bagi latihan perguruan, sila semak semula bermula pada hari ini:  

Selasa, 3 Januari 2012

PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI PGM

Dukacita dimaklumkan untuk semua ahli PGM yang sentiasa menjadi nadi penggerak dalam persatuan ini bahawa puan pengerusi kita, PN. ROSLIZAWANI KARTINA dengan rasminya meletakkan jawatan sebagai PENGERUSI PGM atas  beberapa sebab dan antara sebab utamanya adalah untuk memberi ruang dan ketenangan dalam menghadapi proses untuk melahirkan anak yang kedua dalam tempoh yang tidak berapa lama sahaja lagi. Perletakan jawatan ini disaksikan oleh NAIB PENGERUSI PGM, SETIAUSAHA PGM  dan seorang AJK PGM pada hari Sabtu, 31.12.2011. Untuk pengetahuan dan makluman semua ahli PGM, jasa dan pengorbanan Puan Pengerusi kita ini amat bernilai dan jauh lagi bernilai dari yuran RM 10 yang mana kita sebagai ahli bayar untuk disahkan menjadi ahli PGM. Di sini, saya akan ceritakan dan perjelaskan mengenai jasa-jasa dan pengorbanan beliau:

1. Mencetuskan idea penubuhan PGM ( Boleh rujuk post pada bulan Mei)

   a. Peringkat Awal
  • Mengadakan perbincangan dan pembahagian tugas bersama saudari Nor Azlina Alias( sekarang adalah SETIAUSAHA PGM) dan Salina Manap.
  • Memohon permit daripada IPD Kampar, Perak untuk mengadakan perhimpunan GSTT dan mesyurat penubuhan PGM
  • Merangka Undang-undang Tubuh PGM
  • Menyumbangkan kos untuk penyewaan dewan dan PA system dan bersama saudari Azlina juga meyumbangkan kos bagi penyediaan makanan sepanjang mesyuarat itu berlangsung.
  • Membuat 2 papan tanda bagi penunjuk arah ke mesyuarat tersebut.
2. Puan pengerusi dan setiausaha bersama bendahari PGM menguruskan pendaftaran PGM dan ROS (rujukpost bulan Mei)

3.Puan Pengerusi dan AJK tertinggi PGM hadir ke pejabat Menteri Besar Perak untuk menyerahkan memorandum berkaitan isu penyerapan GSTT kepada Dato Ismail Safian (rujuk post bulan MEI)

4. Atas bantuan Dato Ismail Safian ( S/u Sulit Kanan MB Perak), Alhamdulillah kami berjaya menyerahkan memorandum kepada YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN melalui pegawai khasnya, Datuk Nardim b. Awang (rujuk post bulan 7)

5. Puan Pengerusi dan AJK lain bersama-sama wakil-wakil GSTT DARI SETIAP NEGERI hadir ke KPM PUTRAJAYA bagi mendengar taklimat mengenai Program Latihan Perguruan GSTT yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Abdul Ghafar Mahmud selaku Ketua Pengarah KPM. (rujuk post bulan 8)

6. Baru-baru ini, Puan pengerusi , S/U PGM  DAN  beberapa wakil PGM yang lain ke KPM untuk menyerahkan surat rayuan dan dokumem berkaitan bagi ahli yang membuat rayuan melalui PGM. (rujuk post bulan 12)

Semasa melakukan proses rayuan tersebut, kandungan puan pengerusi sudah mencapai usia 9 bulan dan semakin hampir untuk tempoh kelahiran, tetapi mengenangkan nasib ahli-ahli PGM YANG TIDAK BERJAYA DITAWARKAN LATIHAN PERGURUAN, puan pengerusi kita tetap gagahkan diri untuk ke KPM PUTRAJAYA. Setelah pulang dari KPM, puan pengerusi memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi pgm bagi memberi ketenangan dan ketenteraman untuk memudahkan proses kelahiran anak keduanya ini. Walaubagaimanapun, beliau masih memberi sokongan dan galakan terhadap  persatuan ini kerana baginya persatuan ini memberikan 'sentimental value' dalam hidupnya dan beliau amat berharap ahli-ahli persatuan dapat terus bekerjasama untuk meningkatkan mutu dan produktiviti persatuan.

Sabtu, 24 Disember 2011

KURSUS PERGURUAN BAGI GSTT AMBILAN DISEMBER 2011



SYARAT LANTIKAN SEMULA GSTT (SEMASA PENGUMUMAN)
  1. GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
  2. Telah berkhidmat selama 2 tahun Termasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”

SYARAT ASAS GSTT MENGIKUTI LATIHAN PERSEDIAAN PERGURUAN
  1. Umur kurang 35 tahun
  2. Kepujian Bahasa Malaysia dalam SPM
  3. Berkhidmat sebagai GSTT selama 2 tahun
  4. Pernah berkhidmat sebagai GSTT di SK, SJKC, SJKT, SMK atau SMJK pada tahun 2010
  5. Sedang berkhidmat sebagai GSTT pada tahun 2011
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”


SYARAT UMUM LANTIKAN BERDASARKAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM BIL 1/2007
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur semasa dilantik
Siswazah                 :               Tidak lebih 35 tahun
Bukan Siswazah    :               Tidak lebih 30 tahun       
  1. Kelayakan akademik yang diiktiraf
  2. Kepujian Bahasa Malaysia SPM/setaraf
  3. Guru agama: Kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM. Mata pelajaran Agama Islam Tinggi/ IV Thanawi

Sebarang pertanyaan dan komen berkenaan syarat kemasukan, boleh hubungi terus Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM


RAYUAN
Tarikh akhir rayuan telah dilanjutkan kepada 29/12/11. Keputusan rayuan dianggarkan sebulan selepas tarikh akhir rayuan.

Ahli PGM yang menghantar dokumen melalui kami telah kami semak dan panjangkan kepada 1) Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran I (Datuk Dr Wee Ka Siong), 2) Pejabat Timbalan Menteri Pelajaran II (Y.B Dr. Puad Zarkashi) dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Namun kami hanya memproses dokuman yang cukup syarat + lengkap + sampai selewat-lewatnya pada 22/12/11 kepada kami. Jadi anda juga digalakkan turut membuat rayuan terus kepada pihak BPG termasuk bagi mereka yang memenuhi perkara-perkara di atas. Tidak salah berusaha lebih untuk masa depan anda sendiri

* Ahli PGM yang berumur 35 tahun pada 31 Dis 2010 dan menghantar dokumen kepada PGM, turut kami panjangkan semasa rayuan tersebut

Rabu, 21 Disember 2011

TERKINI TENTANG SEMAKAN SEMAKAN LATIHAN PERGURUAN GSTT

Sukacita dimaklumkan: 
Anda yang tidak berjaya dalam semakan yang lepas boleh semak lagi pada hari ini kerana talian laman web tersebut telah dikemaskini oleh pihak KPM. Alhamdulillah ramai yang dapat

Isnin, 19 Disember 2011

KEPUTUSAN LATIHAN PERGURUAN BAGI GSTT AMBILAN DISEMBER 2011


Makluman kepada semua AHLI PGM yang CUKUP SYARAT tetapi TIDAK BERJAYA untuk mengikuti LATIHAN PERGURUAN BAGI GSTT AMBILAN DISEMBER 2011. Anda diminta menghantar (pos laju) SALINAN dokumen-dokumen yang telah DISAHKAN ke alamat rasmi PGM 


181 KAMPUNG KOTA,
TUALANG SEKAH,
31700 MALIM NAWAR,
PERAK.

Mesti SAMPAI SELEWAT-LEWATNYA PADA 22 DIS 2011.

Dokumen-dokumennya yang telah disahkan ialah:

1) kad pengenalan
2) sijil kelahiran
3) sijil berhenti sekolah
4) sijil akademik ( spm, stpm, stam, diploma, ijazah) *termasuk transkrip akademik
5) pengiktirafan ijazah (jika berkaitan)
6) surat lantikan gstt
7) surat pengesahan bertugas di sekolah (setiap sekolah)

SERTA

sekeping gambar berukuran pasport


Salinan dokumen-dokumen tersebut akan kami gunakan untuk urusan RAYUAN

Rasional 22/12/11 sebagai tarikh akhir dokumen mesti sampai kepada PGM:
kalau pos laju pada 20/12/11 akan sampai pada 22/12/11, kami akan semak dan hantar ke KPM pd 22/12/11. jadi akan sampai pada 23/12/11. 24n 25 tu dah sabtu ahad, 26 plk cuti krismas sbb ganti 25/12/11 yang jatuh pd ahad. Jika rasa tempoh yang terlalu singkat, anda boleh kemukakan dokumen asal dan salinan ke BPG secara individu ("by hand"), namun tarikh cuti hari minggu dan cuti umum tersebut perlulah diberi perhatian


*syarat -syarat yang telah ditetapkan oleh KPM:


  1. GSTT yang dilantik sehingga Jun 2010 (tidak termasuk PRE, Guru Ganti, Guru Kontrak)
  2. Telah berkhidmat selama 2 tahun Termasuk 2010 (sehingga Jun.* lantikan selepas Jun tidak diambil kira) serta tahun 2009 dan / 2008
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010
“Tertakluk kepada syarat-syarat umum berdasarkan surat pekeliling Perkhidmatan KPM bil 1/2007”
TOLONG HEBAHKAN KEPADA AHLI PGM LAIN YANG  TIDAK BERKESEMPATAN MENJENGUK BLOG RASMI PGM INI